Sunday 3 February 2019

VSS/MSS dan CARA PENGIRAAN

Assalamualaikum :)

Sekarang banyak company yang mula goyah, ada yang mulai tutup dan terpaksa menawarkan VSS atau MSS kepada pekerja.

Mungkin ramai yang familiar dengan VSS. Dimana, dia dengan rela hati untuk mengambil scheme tersebut. Syarikat akan memberitahu berapa bulan gaji sebagai pampasan dan dibuka kepada sesiapa yang berminat. Ada juga yang syarikat dah siap2 senaraikan nama yang perlu untuk mengambil VSS ni.

Tetapi orang mungkin jarang dengar perkataan MSS. M stands for mutual. Maksudnya, ko diberikan pilihan 'take it or leave it'. Sebagai contoh, kau di suruh untuk pindah ke A dengan bayaran sekian, benefit sekian sekian, kalau kau taknak pindah, kau kena ambil option B iaitu resign. Selalunya untuk kes merging, benefit/package akan berbeza dari sedia ada.

Apa tindakan yang perlu kau buat selepas itu?
  • HR/Payroll akan keluarkan surat VSS/MSS letter mengatakan pekerja ini mengambil MSS..macam official letter
  • Akan ada borang macam EA form LHDN, dimana borang tersebut akan tulis basic salary, encash Annual leave (incase ade balance cuti tahunan, dia convert cuti tu kepada cash), cash compensation untuk berapa bulan (contoh, 3bulan gaji x dengan basic salary), jumlah wang yang akan ditahan oleh majikan, jumlah duit yang akan ditolak oleh EPF/Income tax, total duit yang akan kita dapat selepas tolak semua tu
  • Once dah dapat borang-borang ni, kita kena pergi ke LHDN untuk buat CLEARANCE
70% (salary+compensation) akan release dan 30% akan ditahan selagi kita tak submit form/surat dari LHDN.
Kita akan pergi ke LHDN sebanyak 2x (dan mestilah LHDN yang sama). 1st visit kena submit borang2 yang diperlukan..selepas 14hari, kita datang semula untuk ambil surat yang dikeluarkan oleh LHDN dan submit kepada HR/Payroll. 2-3hari kemudian, 30% yang majikan tahan akan dorang release kepada kita.

Dokumen apa yang diperlukan untuk submit ke LHDN?
  • Payslip setahun (contoh diberhentikan pada Jan 2019, so paylip diperlukan adalah bermula Jan 2018-Dec 2018)
  • EA form
Setiap tahun majikan akan keluarkan EA form (tak kisah sama ada kita layak dikenakan income tax atau tidak, kita akan dapat borang tu). Bawa borang tu dari start kita kerja. Kalau gaji dah layak dikenakan income tax, tapi kita tak pernah declare, akan dikenakan sedikit penalty nanti, boleh buat dikaunter. Untuk siapa yang hilang EA form tu, kena pergi mintak semula ke majikan yang lama ya, kalau anda jenis setahun lompat tukar kerja, haa jenuh laa nk pi cari HR tiap company tu mintak dorang keluarkan borang EA form tu.
  • Sampai dikaunter(LHDN), kita akan diminta untuk membuat e-filing bagi tahun sebelumnya dan tahun sekarang (kalau berhenti Jan 2019, kita kan buat e-filing bagi tahun 2018 & 2019)
  • Jangan lupa juga, borang HR bagi tu
Bagi yang dah berkahwin, sila semak borang HR bagi tu sama ada status yang ditulis sudah berkahwin atau bujang. Kalau bujang, sila bawa kad pengenalan anda untuk membuat pelepasan cukai bagi tahun sebelum sebelumnya.
Pastikan semua dokumen diatas dibuat salinan ya
  • Ada branch yang minta photostat IC dan ada yang tidak perlu

Cara pengiraan:
  • Kalau anda berkhidmat atas dari setahun dan bawah dari 2tahun, anda layak mendapat 10hari compensation (cash)
2 tahun keatas =15 hari
5 tahun keatas= 20hari
-Andai kata anda masuk bekerja pada 4/12/2017 dan diberhentikan pada 31/1/2019.
4/12/2017-4/12/2018 = setahun (1.00)
5/12/2018-31/1/2019 = hampir 2bulan
So, 2/12 = 0.16
==1.16 (Year of service)
Atau pun, last date minus join date /365 days?
Ha kira la manual..cari kalender, haa kira satu-satu
  • Cara nak kira year of service kepada RM=
Basic salary x 12months/10days x 1.16

  • Cara nak kira balance Annual Leaves (encash)=
Basic salary/26 days x how many leaves left

  • Cara nak kira 10 hari yang kita entitled tadi (daily wages)=
Basic salary x 12months /365days x 10hari

Siapa yang ada cuti banyak lebih, jangan habiskan cuti, convert cuti tu kepada cash. Sebab RM cuti ni lagi tinggi berbanding harga gaji sehari kita.

Harapnya, siapa yang terkena tempias VSS/MSS anda reti nak kira duit yang bakal anda dapat, dan jangan bergantung kepada HR, kadang-kadang mereka juga tidak mempunyai pengalaman untuk ini.

Semoga mental anda kuat mengharungi dugaan yang bakal datang dan mendapat kerja secepat yang mungkin. Amin

Terima kasih.

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...