Tuesday 31 May 2016

Nak Exam | Tips nak jawab exam secara rohani #inicaraaku

Assalamualaikum :)

Haaa pernah dengar tak?
Selalu orang bagi tips nak exam jer kan..
InsyaAllah, dengan izin Allah kalau ikut apa yang aku buat ni..insyaAllah, tak fail.

So far tu yang berlaku kat aku.

Tak fail.
Markah bukan cukup makan jer.
Nak kata cemerlang, ikot luck tapi markah memang not so bad.

Credit:
Ilmu ni aku dapat dari ustaz sekolah rendah aku (sekolah agama)
Abang yang dtg kat sekolah untuk kem motivasi
Ayah aku
Lecturer aku
So, aku gabungkan dan amalkan dalam satu masa.

Aku tak pernah revail walau dengan sesiapa pun tips ni.

Ilmu kalau tak amal, kita akan terlupa.
Sebab tu aku tulis, mana tau aku nak further study plak ker lepas ni, atleast aku ingat step nya.

Saja aku bagi intro panjang-panjang ni :)

Sebelum tu, usaha kena jugak tau..
Ikut kreativiti nak usaha tu macam mana.
Buat notes ker, yang pasti tips ni tak boleh pakai kalau esok nak exam, malam ni baru study..kena sedar diri, tengok kemampuan diri..kalau jenis fail jer sbb study macam tu, maknanya dah kena tukarlah strategy belajar tu.

Selalu nak dekat exam kan budak-budak suka buat Solat hajat, solat istikharah, solat taubat, yang tu ikut korang. Aku tak buat. Buat! tapi sebelum exam aku dah buat sikit-sikit bukan nak exam baru nak buat.

Rohani yang macam tu aku tak dek tips.

Baca Quran, dengar ceramah, dengar ruqyah ker, aku no komen.

Ni adalah amalan aku bila tiba hari exam atau ada paper haritu:

1. Aku akan bangun kol 2@3 pagi untuk study or revision sampai kol 5
*kalau betul-betul susah bangun lah kol 1@2am but make sure kena tidur bukan stay sampai pagi tak tidur

Bila otak dah mengeras, tak mampu nak masuk dah, aku akan tutup mata aka tidur dalam 5@10min, kalau rajin aku buat solat tahajud/hajat (tapi jarang time hari exam aku buat sebab aku malu, bagi aku kenapa time aku ngah susah nak exam baru nak buat solat sunat ni)
Yang pasti aku akan stay-up sampai pukul 5 lepas tu tidur..bagi aku apa yang aku baca time tu akan diserap oleh otak aku..plus nak rilex kan otak jap sementara tunggu Subuh pukul 6.

2. Lepas solat Subuh tu, aku akan bangun untuk siapkan breakfast aku
Breakfast ni cukup penting untuk aku, kalau tak otak aku tak leh produce idea-idea nak menggoreng time exam nanti..sambil breakfast aku buat revision lagi..dan lagi dan lagi..

Memang dah lupa apa yang aku baca pagi tadi, tapi bila pagi ni kau baca nak install balik memang senang jer nak masuk..laju!

3. Dalam pukul 8@8.30 aku akan buat Solat Dhuha (2rakaat)
Solat Dhuha ni untuk rezeki kan.
Rezeki bukan dari segi duit jer, bila kita mudah nak jawab exam pun dikire rezeki. Ini lah kuncinya!

Setiap pergerakan solat tu, kau bermohon moga dipermudahkan nak jawab paper pagi/petang ni, dapat result cemerlang, dapat Dekan (3.50 and above).
Sujud yang terakhir tu, doa lah.
Time tu, kau dan Pencipta cukup dekat bagitau apa yang kau nak minta.

4. Aku akan call mak ayah aku, bagitau ada paper pagi/petang ni. Tolong doakan semoga mudah nak jawab, etc.

Kalau call ayah aku, mesti dia cakap
"Iyer, abah sentiasa doakan akak, semoga boleh jawab, buat betul-betul tau"

Haaa mulalah, nak bergenang airmata ni.

5. Bila kau dapat paper, kau jangan bukak dulu paper tu, jangan curi-curi baca.
Selak-selak nak check page cukup ker tak, boleh jer.
Kunci ke-2

a. Kau pegang hujung kertas belah kanan atas..baca doa ibubapa
b. Pejam mata ingat muka ayah, ibu, cikgu yang mengajar subjek tu, dan muka kau
(Makesure nampak muka dorang tu, ayah aku cakap ni untuk ambil berkat dari mak ayah, dan cikgu tu)
c. Sebelum nak buka, baca doa penerang hati
d. Berdoa (Ya Allah permudahkan aku nak jawab paper ni, pelbagaikan idea supaya mudah aku nak jawab, semoga aku lulus dan cemerlang, moga dapat aku result yang bagus, harap dapat Dekan lah sem ni)
Rangkumkan semua,dengan 1 subjek ni memberi impak kat pointer kau nanti
e. Baca bismillah, buka paper dan jawab

Sepanjang buat step a-e tangan kau still pegang hujung kertas sebelah kanan atas sehinggalah kau start buka paper tu dan jawab.

Ada faham?

Aku amalkan dari aku study Diploma sehingga Degree.

Alhamdulillah..tak pernah mengecewakan!

xoxo :)

Monday 30 May 2016

Tudung Bawal tu jarang tau

Assalamualaikum :)

Aku dh lama stop pakai tudung bawal ni.

Office aku ni ramai lelaki, kadang-kadang dorang ade jugak tegur bila anak rambut terkeluar, bila tudung yang aku pakai terjarang.

Padahal kita perempuan rasa macam biasa jer kan?

Dia tak cakap tudung tu jarang tapi dia cakap,
"Anis, letak apa kat blakang tu?"
"Nampak tengkuk laa pakai tudung ni"

Bila kita sarung tudung ni, nampak macam menutup aurat kan?
Nak labuh, tutup dada, bukak dada memang boleh jer lah guna tudung bawal ni.

Tapi..

Cuba perhatikan orang depan kita yang pakai tudung bawal tu, dari tepi kite leh nampak bayang-bayang anak rambut dia kat belakang.

Kalau dia pakai scarf separoh, lagi jelas bayang-bayang rambut dia.

Bila bawah matahari atau cahaya, orang kat belakang pun boleh nampak tengkuk dia, colar baju dia kat dalam..memang tak nampak 100% tapi 95% boleh nampak dan teka kot!

Haa, jangan plak buat konklusi kata tudung bawal ni haram, boleh pakai tudung tu tapi kena pakai inner tudung laa, pendek pun takper sebab kawasan yang berongga kat belakang tu jer yang jarang..kawasan dada, leher ok jer..

Kawasan leher tu boleh tutup dengan pin, tindihkan kain tudung atas dan bawah, so klo kena tolak angin pun, tak lah terselak bahagian tu :)

Otokeng?

Hahaha
Harap bermanfaat.

Xoxo :)

Sunday 29 May 2016

Sedekah #ibubapa

Assalamualaikum :)

Ni adalah pengalaman saya sendiri

Dah hujung tahun, biasalah tunggu bonus.
So, company tempat aku kerja ni bagi bonus 2x.Bulan 12 sebulan bonus, bulan 1 selebehnya, sebulan ker dua bulan ker tiga bulan ker.

So, tahun lepas bulan 12, aku plan nak bagi mak ayah aku dalam RM150 seorang. Seriously, aku terasa macam banyak giler kot time tu.

Mulalah, aku plan nak cut jadi RM100 jer sorang.Astaghafirullah.

Tetiba aku fikir, time aku kecik tak pernah plak mak ayah aku cakap, ishh tak leh spend banyak-banyak nanti habis cepat duit aku..tak pernah kot!

So, aku stick dengan RM150 seorang.
(RM300, total)

Keesokkan harinya, office aku ade buat aktiviti/games.

Setiap permainan, kalau menang memang dapat cash RM150 seorang.

Nak tahu tak, group aku menang 2 games (RM150x 2= RM300).

Lepas tu menang plak untuk games keseluruhan, RM588.

So, total dalam sehari aku dapat RM888.

Alhamdulillah

Menang tak disangka-sangka.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu mahu dustakan"

Allah tu ganti balik, malah lebih lagi dari amount semalam.

SubhanaAllah, janji Allah tu pasti.

xoxo :)

Friday 27 May 2016

Skirt labuh-labuh fungsi untuk sapu lantai, sapu tangga ker?

Assalamualaikum :)

Aku yang perempuan ni pun suka tengok sister atau perempuan yang pakai skirt labuh ni,lagi-lagi kalau skirt tu kembang-kembang..alahai melting.

Tambahan lagi, yang pandai jaga aurat tu, dengan tudung pun tutup dada, baju pun tak lah ketat..suka tengok!

Tapi sister, kalau iyer pun nak tutup aurat, tak nak tunjuk kaki tu, jangan lah sampai pakai kain tu sampai meleret-leret.

Bila sister berjalan jer, pergh lantai terus bersih..bila naik turun tangga tu, habis semua semut, pasir sister sapu sekali.

Tapi sister, bila time solat tu agak-agak bersih tak kain yang kat hujung tu?
Dah habis macam-macam lantai sister heret kain tu seharian, sah ker?
Bersih ker?

Kalau kain tu masuk lopak ker longkang ker, mana sedar kan?

Tu belum citer lagi, kalau pakai kain tu bukan seharian tapi berharian..
Haa? Pikir lah sendiri.

Kain tu boleh jer nak labuh, tapi biarlah ngam-ngam sampai tumit jer..
Bila naik/turun tangga tu, peganglah kain tu, supaya tak meleret kat tangga tu..orang belakang pun tak lah terpijak.

Ok, sister?

Lots of love,

Xoxo :)

Wednesday 25 May 2016

Perempuan

Assalamualaikum :)

Sekarang ni tengah hangat issue pasal budak perempuan yang kena rogol lepas tu mati kena rodok dengan batang cangkul tu..Ahh! Kejam sangat tu!

Rentetan dari tu, banyak lah orang shared untuk educate people, respect people etc.

Dan terurai lah sesuatu yang menjadi tradition kita di Malaysia tanpa kita sedari.

Dari kecik lagi, selalu mak-mak ayah-ayah ni tak bagi anak perempuan dia balik lambat, keluar malam, keluar dengan lelaki, n keluar kena mintak izin..dan sangat kecik hati aku ni bila aku dengar orang cakap bela anak perempuan ni payah, lagi senang bela lembu sekandang..haa lebih kurang gitu lah perempumaan.

Serious, touching gila!

Susah sangat ker nak jaga perempuan?
Nak jaga aku ni susah ker?

Padahal aku tengok abang aku tu, nak kuar dengan kawan boleh, nak balik pukul berapa pun boleh yg pasti perempuan kena balik sebelum pukul sekian sekian (langit cerah lagi) tapi yang lelaki boleh plak balik time langit dah gelap.

Bila aku ni balik terlewat sikit time maghrib, pergh kau tengok lah henfon memang berderu-deru call masuk belum citer mesej lagi. Maki hamun tak payah cakap lah sampai pernah kena lebel sebagai anak yang menyusahkan semata-mata aku pergi beraya umah member naik bas.

Bagi pandangan mak aku, pergi beraya jalan kaki kira ok, konon dekat2 tak kisah lah kena jalan kaki sampai 30min ker haper asalkan jalan kaki..kalau dh sampai naik bus kira dh tahap jaoh padahal naik bas dalam 15minit jer pun..bahaya! Nantu kena culik, rogol..see! Complicated kan?

Belum lagi cerita nak minta izin pergi beraya, very long long long loooooong story and explaination were needed..sampai kena mintak member tolong cakap kan kat mak aku..

Tak tahu lah mak orang lain yang zaman 90's macam ni ker tak.

Tu belum citer lagi hal dalam rumah, dalam bilik.

Here it comes:
Anak dara kena bangun awal
Tapi anak lelaki boleh plak bangun time matahari dah nak tenggelam balik..

Anak perempuan, bila bangun make sure tilam kemas, takleh senget, bantal susun, selimut lipat, alas tilam tegang.
Anak lelaki, alas tilam dengan sengetnya, bantal entah kemana campaknya, tegang tu tak yah citer lah.

Anak perempuan kena tolong mak kat dapur, perempuan kena pandai masak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju.
Lelaki plak, bangun-bangun jer..wahh! Semua dah siap dihidang. Tinggal nak makan jer..oh lupa! Complaint dulu lauk sikit ker, tak sedap ker..Dorang tak diajar macam mana penat nak memasak ni walaupun nampak remeh, nampak macam tak perlu tenaga pun..baju dorang pun semua dah siap terletak kat bilik dah.

Bila perempuan ni dah besar, lelaki kat luar sana mintak plak nak pandai masak, pandai kemas rumah, pandai jaga anak, kerjaya bagus, cantik tu jangan lupa..sehingga tak tahu apa yang dorang ada kalau semua perempuan mampu buat..

Mak-mak ayah-ayah,
Pernah tak bagitau anak lelaki ni supaya hormati perempuan, pandang perempuan bukan dengan nafsu.
Jangan sesuka hati pegang dimana-mana bahagian di tubuh mereka, atas dasar kita hormati mereka, jangan ambil kesempatan keatas kelemahan perempuan.

Hal rumah, hal dapur, hal bilik bukan kerja perempuan sahaja..lelaki pun kena tahu dan reti..nabi kita pun ringan tulang tolong isteri-isteri baginda.

Tak de istilah bapok, anak mak, lembut, sotong pun kalau lelaki ni ringan tulang ke dapur..timbulnya ejekan-ejekan ni sebab mak-mak ayah-ayah sibuk fokus kat anak perempuan supaya jadi Powerpuff girl dan biar lelaki ni jadi Ultraman yang kerja nak bergaduh jer, agaknya dia nampak semua adalah raksaksa kot.hehehe

P/s: tak semua mak bapak mcm ni..ini adalah salah satu didikan mak bapak di tahun 90's..ade jgk mak bapak yg sporting gila sampai boleh bf masuk bilik anak gadis dia..setiap orang ade cerita tersendiri..ni cerita aku..okies!

Xoxo :)

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...