Sunday 3 February 2019

VSS/MSS dan CARA PENGIRAAN

Assalamualaikum :)

Sekarang banyak company yang mula goyah, ada yang mulai tutup dan terpaksa menawarkan VSS atau MSS kepada pekerja.

Mungkin ramai yang familiar dengan VSS. Dimana, dia dengan rela hati untuk mengambil scheme tersebut. Syarikat akan memberitahu berapa bulan gaji sebagai pampasan dan dibuka kepada sesiapa yang berminat. Ada juga yang syarikat dah siap2 senaraikan nama yang perlu untuk mengambil VSS ni.

Tetapi orang mungkin jarang dengar perkataan MSS. M stands for mutual. Maksudnya, ko diberikan pilihan 'take it or leave it'. Sebagai contoh, kau di suruh untuk pindah ke A dengan bayaran sekian, benefit sekian sekian, kalau kau taknak pindah, kau kena ambil option B iaitu resign. Selalunya untuk kes merging, benefit/package akan berbeza dari sedia ada.

Apa tindakan yang perlu kau buat selepas itu?
  • HR/Payroll akan keluarkan surat VSS/MSS letter mengatakan pekerja ini mengambil MSS..macam official letter
  • Akan ada borang macam EA form LHDN, dimana borang tersebut akan tulis basic salary, encash Annual leave (incase ade balance cuti tahunan, dia convert cuti tu kepada cash), cash compensation untuk berapa bulan (contoh, 3bulan gaji x dengan basic salary), jumlah wang yang akan ditahan oleh majikan, jumlah duit yang akan ditolak oleh EPF/Income tax, total duit yang akan kita dapat selepas tolak semua tu
  • Once dah dapat borang-borang ni, kita kena pergi ke LHDN untuk buat CLEARANCE
70% (salary+compensation) akan release dan 30% akan ditahan selagi kita tak submit form/surat dari LHDN.
Kita akan pergi ke LHDN sebanyak 2x (dan mestilah LHDN yang sama). 1st visit kena submit borang2 yang diperlukan..selepas 14hari, kita datang semula untuk ambil surat yang dikeluarkan oleh LHDN dan submit kepada HR/Payroll. 2-3hari kemudian, 30% yang majikan tahan akan dorang release kepada kita.

Dokumen apa yang diperlukan untuk submit ke LHDN?
  • Payslip setahun (contoh diberhentikan pada Jan 2019, so paylip diperlukan adalah bermula Jan 2018-Dec 2018)
  • EA form
Setiap tahun majikan akan keluarkan EA form (tak kisah sama ada kita layak dikenakan income tax atau tidak, kita akan dapat borang tu). Bawa borang tu dari start kita kerja. Kalau gaji dah layak dikenakan income tax, tapi kita tak pernah declare, akan dikenakan sedikit penalty nanti, boleh buat dikaunter. Untuk siapa yang hilang EA form tu, kena pergi mintak semula ke majikan yang lama ya, kalau anda jenis setahun lompat tukar kerja, haa jenuh laa nk pi cari HR tiap company tu mintak dorang keluarkan borang EA form tu.
  • Sampai dikaunter(LHDN), kita akan diminta untuk membuat e-filing bagi tahun sebelumnya dan tahun sekarang (kalau berhenti Jan 2019, kita kan buat e-filing bagi tahun 2018 & 2019)
  • Jangan lupa juga, borang HR bagi tu
Bagi yang dah berkahwin, sila semak borang HR bagi tu sama ada status yang ditulis sudah berkahwin atau bujang. Kalau bujang, sila bawa kad pengenalan anda untuk membuat pelepasan cukai bagi tahun sebelum sebelumnya.
Pastikan semua dokumen diatas dibuat salinan ya
  • Ada branch yang minta photostat IC dan ada yang tidak perlu

Cara pengiraan:
  • Kalau anda berkhidmat atas dari setahun dan bawah dari 2tahun, anda layak mendapat 10hari compensation (cash)
2 tahun keatas =15 hari
5 tahun keatas= 20hari
-Andai kata anda masuk bekerja pada 4/12/2017 dan diberhentikan pada 31/1/2019.
4/12/2017-4/12/2018 = setahun (1.00)
5/12/2018-31/1/2019 = hampir 2bulan
So, 2/12 = 0.16
==1.16 (Year of service)
Atau pun, last date minus join date /365 days?
Ha kira la manual..cari kalender, haa kira satu-satu
  • Cara nak kira year of service kepada RM=
Basic salary x 12months/10days x 1.16

  • Cara nak kira balance Annual Leaves (encash)=
Basic salary/26 days x how many leaves left

  • Cara nak kira 10 hari yang kita entitled tadi (daily wages)=
Basic salary x 12months /365days x 10hari

Siapa yang ada cuti banyak lebih, jangan habiskan cuti, convert cuti tu kepada cash. Sebab RM cuti ni lagi tinggi berbanding harga gaji sehari kita.

Harapnya, siapa yang terkena tempias VSS/MSS anda reti nak kira duit yang bakal anda dapat, dan jangan bergantung kepada HR, kadang-kadang mereka juga tidak mempunyai pengalaman untuk ini.

Semoga mental anda kuat mengharungi dugaan yang bakal datang dan mendapat kerja secepat yang mungkin. Amin

Terima kasih.

13 comments:

  1. Assalamualaikum...tumpang tanya, baru2 ni boss sy suruh slh sorg dr clerk die volunteer utk resign, tu dipanggil vss kn? tp boss sy ckp die xnk byr 1sen pn kalau slh sorg volunteer resign.hmmm,actually sy dh xtahan dh kene buli kt sini.sy kene buli dgn majikan cina.clerk lg sorg pun cina.cerita nye,bile keje yg boss suruh clerk cina tu buat,tp clerk cina tu xnk buat.(memang keje clerk cina tu pun). bile clerk cina tu xnk buat,boss pulak pass keje tu kt sy.sy dahla ade keje lain kene buat.bile sy ckp kt boss, "kenape i kene buat pulak,ni kn keje clerk cina tu..?" boss sy jwb, "haiyaa...sama saja.." sy pn terus sedih & buat je la keje clerk cina tu.clerk cina tu xbusy pn ms tu. sy fikir kan,gaji sy dgn clerk cina tu jauh beza.die 2600 , sy 1800.sy senior dari clerk cina tu.sy yg recommend clerk cina tu keje sini.tp xsangka.clerk cina tu buat keje sikit,gaji byk.sy buat keje byk,dh nk gile dh ni..tp gaji kecik.bile tny boss,kenape gaji xnaik?boss jwb,business xuntung.dh 2thn kot gaji sy xnaik.sedih sgt2 naisb yg menimpa sy.sy tny kakak sy keje company yg sy keje ni.tp department lain.kakak sy kate g pejabat buruh mintak nasihat dr dorg.sy pulak xde dpt slip gaji yg proper pn.slip gaji mcm resit beli herba kt kedai apek je.yg tulis tgn tu. offer letter pulak xpenah dpt pn sejak keje 2013. lg 1,bile sy mc @ on leave,boss sy mesti ambil kire semua tu.kalau clerk cina tu cuti,hari2 dtg keje lmbt masuk pukul 4petang,boss cakap nk tolak gaji die..tp boss xpenah buat pn..sy nk mintak pendpat.ape yg harus sy buat utk nasib sy mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak tahu cara pengiraan.. Kerja hampir 10 tahun 6 bulan.. Pemilik syarikat nk bg Vss.. Mcm kes ammara..

      Delete
    2. Berhenti je kerja,

      Anda sudah ke bulu.

      Better cari kerja tempat lain atau mulakan bisnes kecil kecilan

      Delete
    3. Ni mst socso kwsp semua tak ada. Cuba cek.pernah kena. Dalam resit ada tulis. Bila cek tak masuk pun socso. Baru kerja petronas pam tu 6 bulan. Agaknya yg dh kerja bertahun tu dapat ke tak.lps berhenti kerja baru sy report pejabat socso. Lps tu diorang dtg siasat.

      Delete
  2. assalam...10tahun ke atas berapa hari compensation cash

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tawarab berbeza setiap company x silap sy . Ikut pd company . Mcm company sy , bayaran utk gaji 2k kebawah lain , 2k keatas lain . Kena tgok pada internal memo company . Apa pun , semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala urusan .

      Delete
  3. tumpang tanya, mcm mana pengiraan VSS dlm e filing ya. berapa pengecualian dan adakah saya kena sekalikan jumlah terima vss waktu submit e filing?

    ReplyDelete
  4. Pengiraan vss berbeza setiap company x silap sy . Kena ikut pd internal memo company . Apa pun , semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala urusan .

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,tumpang tanya..saya baru diberhentikan dr kerja sbb covid,ekonomi company drop..dapat pampasan..contoh klu saya dapat dlm rm15k,adakah dikenakan cukai?..stgh org ckp lps duit pampasan masuk,lhdn akan potong ckit dan akan dapat surat dr lhdn,kena isi dan submit pastu baru dapat duit yg kena potong tu btl ke?..saya xtau sbb br 1st time kena vss..xtau law lhdn skrg mcmmane..rasenye klu bawah 20k atau 15k xdikenakan cukai kan?..sape yg tau,boleh tlg jwb atau bg panduan ape patut saya perlu buat?..company pun ckp klu duit dah masuk br lhdn call atau anta surat..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,tumpang tanya..saya baru diberhentikan dr kerja sbb covid,ekonomi company drop..dapat pampasan..contoh klu saya dapat dlm rm15k,adakah dikenakan cukai?..stgh org ckp lps duit pampasan masuk,lhdn akan potong ckit dan akan dapat surat dr lhdn,kena isi dan submit pastu baru dapat duit yg kena potong tu btl ke?..saya xtau sbb br 1st time kena vss..xtau law lhdn skrg mcmmane..rasenye klu bawah 20k atau 15k xdikenakan cukai kan?..sape yg tau,boleh tlg jwb atau bg panduan ape patut saya perlu buat?..company pun ckp klu duit dah masuk br lhdn call atau anta surat..

    ReplyDelete
  7. Tumpang tanya.. basic 3500.. dapat bersih biasa dalam 4500 - 4800.. potong kwsp n epf dlm 650 +-.. kerja dari tahun 1995.. insuran kompeni. tahun ni baru amik pencen 55 tahun. dan company info akan ditawarkan VSS ni. just kalau saudara tahu berapa anggaran total dapat ru ya. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Khidmat kiraan gaji dan payslip bagi yg bekerja
    Wasap saya +60196768941 atau email slipgajimalaysia@gmail.com

    ReplyDelete

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...