Tuesday 19 March 2019

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna untuk mereka.

Bermula 2018, perasan tak kita dah dikenakan EIS (Employee Insurance Scheme) dalam RM7-8 (bergantung pada gaji) macam tu..cuba check slip gaji ada ker tak?

Orang yang layak memohon hanyalah orang yang diberhentikan kerja (tanpa sebab disiplin), VSS/MSS, dan seumpamanya, kecuali:


  1. Perletakan jawatan secara sukarela
  2. Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
  3. Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat
  4. Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan
  5. Persaraan
  6. Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku
So, faham kan? 

Cara nak mohon EIS/SIP::::::

i. Diberhentikan kerja tak lebih dari 60 hari
ii. Sila scan slip 6 bulan gaji (jangan scan 1-1 tapi jadikan 6 slip gaji kepada 1 file)

++macam mana cara nya kali slip gaji ni soft copy? perlu print dlu ke bru scan??
Tak perlu, pergi ke search google, taip combine PDF, haa bersepah online app yang boleh combine kan multiple file kepada 1 file

iii. Scan IC
iv. Surat pemberhentian kerja (surat MSS/VSS)
v. Slip akaun bank (bukti no bank tu, atas nama kita)

Pergi ke website:   Click me :)  lepas tu tekan "Setuju" dan boleh la proceed untuk mengisi maklumat yang di perlukan.



Sila memilih branch Perkeso yang terdekat ye, kerana jika permohonan anda lulus (akan dapat emel/call), dalam masa 7 hari bekerja kita kena pergi branch yang kita pilih semasa memohon untuk isi borang dan signature. Kemudian, minimum 3 minggu diperlukan untuk proses duit tu masuk ke akaun.

Sila bertanya dengan pegawai tersebut, berapa banyak alaun yang akan mereka cover dan untuk berapa lama..kalau macam kes MSS, dorang akan cover selama 3 bulan menganggur sahaja, 

Bulan pertama menganggur, 80% dari gaji
Bulan kedua mengganggur, 50% dari gaji
Bulan ketiga mengganggur, 40% dari gaji

Jangan suka sangat, sebab bila kita pergi branch, pegawai akan set kan target untuk kita, seperti kena memohon 15 job application dari pelbagai sumber (perlu screenshot) dan perlu dapat 2 interview (pegawai akan beri borang, tiap kali pergi interview, kena stamp dari company sebagai bukti) dalam sebulan dan submit ke dalam sistem perkeso. Untuk bulan pertama, perkeso akan proses terus, tapi untuk bulan ke-2, perlukan bukti menunjukkan kita hit target seperti diminta, kalau tak, memang takkan dapat la duit bulan ke-2.

Kenapa kena tanya jumlah alaun yang akan dapat dan berapa bulan? 
Kerana setiap kes diberhentikan kerja adalah berlainan, ada yang Perkeso hanya beri RM600 sebulan, ada yang akan di cover sehingga 6 bulan, dan sebagainya..untuk kes di atas, hanya mereka yang kena MSS sahaja saya boleh confirmkan.

Tu je lah info kali ni.

Semoga berjaya claim!
Semoga dapat pekerjaan secepat yang mungkin!

Sekian.

xoxo :)




Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...