Wednesday 25 May 2016

Perempuan

Assalamualaikum :)

Sekarang ni tengah hangat issue pasal budak perempuan yang kena rogol lepas tu mati kena rodok dengan batang cangkul tu..Ahh! Kejam sangat tu!

Rentetan dari tu, banyak lah orang shared untuk educate people, respect people etc.

Dan terurai lah sesuatu yang menjadi tradition kita di Malaysia tanpa kita sedari.

Dari kecik lagi, selalu mak-mak ayah-ayah ni tak bagi anak perempuan dia balik lambat, keluar malam, keluar dengan lelaki, n keluar kena mintak izin..dan sangat kecik hati aku ni bila aku dengar orang cakap bela anak perempuan ni payah, lagi senang bela lembu sekandang..haa lebih kurang gitu lah perempumaan.

Serious, touching gila!

Susah sangat ker nak jaga perempuan?
Nak jaga aku ni susah ker?

Padahal aku tengok abang aku tu, nak kuar dengan kawan boleh, nak balik pukul berapa pun boleh yg pasti perempuan kena balik sebelum pukul sekian sekian (langit cerah lagi) tapi yang lelaki boleh plak balik time langit dah gelap.

Bila aku ni balik terlewat sikit time maghrib, pergh kau tengok lah henfon memang berderu-deru call masuk belum citer mesej lagi. Maki hamun tak payah cakap lah sampai pernah kena lebel sebagai anak yang menyusahkan semata-mata aku pergi beraya umah member naik bas.

Bagi pandangan mak aku, pergi beraya jalan kaki kira ok, konon dekat2 tak kisah lah kena jalan kaki sampai 30min ker haper asalkan jalan kaki..kalau dh sampai naik bus kira dh tahap jaoh padahal naik bas dalam 15minit jer pun..bahaya! Nantu kena culik, rogol..see! Complicated kan?

Belum lagi cerita nak minta izin pergi beraya, very long long long loooooong story and explaination were needed..sampai kena mintak member tolong cakap kan kat mak aku..

Tak tahu lah mak orang lain yang zaman 90's macam ni ker tak.

Tu belum citer lagi hal dalam rumah, dalam bilik.

Here it comes:
Anak dara kena bangun awal
Tapi anak lelaki boleh plak bangun time matahari dah nak tenggelam balik..

Anak perempuan, bila bangun make sure tilam kemas, takleh senget, bantal susun, selimut lipat, alas tilam tegang.
Anak lelaki, alas tilam dengan sengetnya, bantal entah kemana campaknya, tegang tu tak yah citer lah.

Anak perempuan kena tolong mak kat dapur, perempuan kena pandai masak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju.
Lelaki plak, bangun-bangun jer..wahh! Semua dah siap dihidang. Tinggal nak makan jer..oh lupa! Complaint dulu lauk sikit ker, tak sedap ker..Dorang tak diajar macam mana penat nak memasak ni walaupun nampak remeh, nampak macam tak perlu tenaga pun..baju dorang pun semua dah siap terletak kat bilik dah.

Bila perempuan ni dah besar, lelaki kat luar sana mintak plak nak pandai masak, pandai kemas rumah, pandai jaga anak, kerjaya bagus, cantik tu jangan lupa..sehingga tak tahu apa yang dorang ada kalau semua perempuan mampu buat..

Mak-mak ayah-ayah,
Pernah tak bagitau anak lelaki ni supaya hormati perempuan, pandang perempuan bukan dengan nafsu.
Jangan sesuka hati pegang dimana-mana bahagian di tubuh mereka, atas dasar kita hormati mereka, jangan ambil kesempatan keatas kelemahan perempuan.

Hal rumah, hal dapur, hal bilik bukan kerja perempuan sahaja..lelaki pun kena tahu dan reti..nabi kita pun ringan tulang tolong isteri-isteri baginda.

Tak de istilah bapok, anak mak, lembut, sotong pun kalau lelaki ni ringan tulang ke dapur..timbulnya ejekan-ejekan ni sebab mak-mak ayah-ayah sibuk fokus kat anak perempuan supaya jadi Powerpuff girl dan biar lelaki ni jadi Ultraman yang kerja nak bergaduh jer, agaknya dia nampak semua adalah raksaksa kot.hehehe

P/s: tak semua mak bapak mcm ni..ini adalah salah satu didikan mak bapak di tahun 90's..ade jgk mak bapak yg sporting gila sampai boleh bf masuk bilik anak gadis dia..setiap orang ade cerita tersendiri..ni cerita aku..okies!

Xoxo :)

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...