Friday 24 June 2016

Pertanyaan cliche bila berdagang di alam maya | Ragam customer online ku :)

Assalamualaikum :)

Aku buat part-time jual baju/skirt/dress online.
Nak kata untung tu, depends on your effort dan lagi satu barang/produk tu mesti ikut peredaran semasa.

Ini adalah antara ragam customer online aku:
(Bukan aku jer, kalau pergi kat page mana-mana, pertanyaan bawah ni takkan boleh lari)

1-Pm
Taktau nak PM macam mana, padahal semua details dah ada, size, color, nak order mcm mana..kalau PM kira copy paste jer balik info kat post tu sebab memang dah lengkap.

Bila dah PM senyap plak, tak tau apa yang customer cari..sebab PM info yang sama, bukan ada info tambahan pun..

*MUNGKIN CUST IGT ADA DISKAUN/LEBIH BANYAK INFO, AYAT PANJANG MELERET, BARU PUAS HATI
hurm, boleh cuba ni! Nak buat karangan lepas ni..

2) Tanya size
Size s ada?
Ada!
Size m?
Ada!
Size xxxxxl?
???????
 Terang tang-tang kat post tu dah siap-siap tulis size apa yang ada, tanya lagi size yang tak tertulis.. cust yang macam ni selalu tak beli pun. Tak tau apa motif tanya size macam-macam tapi.....
*mungkin nak lepaskan geram jer kot tengok baju cantik sangat

3) Tanya harga pun tak kurang hebatnya
"Harga berapa sis?"
Aku mesti akan scroll post aku, setahu aku memang semua post dah siap dengan harga, size, additonal info

4) RM 40SM/RM 45SS
"Include postage tak?"

Semua penjual online, kalau dah siap tulis SM (Semenanjung)/ SS (Sabah/Sarawak)
Automatik harga tu dah termasuk postage

5) bf friendly
Semua customer, memang breastfeed ker?
Asyik tanya bf friendly ker tak?
Ker requirement membuat baju mesti bf friendly, kalau tak bf friendly kira baju tu tak sedap dan tak selesa.
Biasalah baju, tak semua bf friendly..

6) Dulu ada buka group dropship
i- Hampir tiap-tiap hari memang akan up stock baru
Soalan: "stock baru tak de ker?"
Tercengang jap, punya cramp tangan aku up, padahal baru 2saat yang lepas aku up, dia boleh tanya stock baru..beh tu stock lama ker yang aku baru up tadi?

ii. Bila dah selesai up semua stock, stock yang dah habis pun akan di-update jgk
So, just wait 2second, soalan ni memang cliche

"Stock ni ade lagi tak?"

Tau tak stock apa yang di tanya tu?

Stock yang dah habis!

7) Free size fit to L
Size m satu!
Kalau XXL muat tak?

Speechless!

Free size maksudnya, baju tu tak dek size specific untuk S,M,L..
Orang M pun boleh pakai saiz yang satu tu, orang L pun boleh muat pakai size yang satu tu.. tapi, untuk orang yang size last tu, L kena tgk plak size L dia macam mana..kalau comel sangat memang tak boleh..

Imagine lah, klo S pakai baju L yang lagi 1cm nak jd XL kan ker besar sangat..sebab tu kalau sebut fit to L, so orang L yang medium muat, L yang extreme tak boleh lah/tak di galakkan kalau tak muat, kerugian atas diri sendiri lah

8) Psyco
"Baju ni ada tak?"
Takde!
"Kalau baju ni ada, saya confirm beli"

"Color ni ada tak?"
Takde!
"Kalau color ni ada, saya betul-betul beli"

"Stock xxx ade tak?"
Sorry dah habis.
Kalau ada saya nak 100 items
* bila barang dah re-stock, kita update balik, dia nya response krik..krik..krik jer

"Sis, book dulu baju ni nanti Khamis saya bank in"

Semua ni dusta belaka!

Bila tiba hari yang di janjikan, senyap semua..

Sayang, antara ciri-ciri orang yang munafik adalah bila dia berjanji, dia mungkiri janji.

Antara ciri-ciri orang yang berjaya, dia menunaikan amanah dan janji dia :)

Experience kena marah dengan customer online, memang tak dek lagi!

Sekian :)

xoxo

Selamat berpuasa

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...