Sunday 7 July 2013

KISAH SEORANG BAYI YANG DI GUGURKAN

Sambil nak release tension study ni, aku terbaca satu entri ni yang amat menyentuh hati dan membuat aku terfikir sejenak..oh, macam ni rupanya gugurkan bayi dalam kandungan..aaaarghhh! aku pulak yang ngilu bila aku di tempat bayi tu.. 


Bulan 1: Ibu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Ibu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..bawa adik jalan2..


Bulan 3: Ibu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya ibu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Ibu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Ibu .. tadi pergi jumpa doktor ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu ibu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya ibu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa doktor itu lagi ya ..? ibu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , ibu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt ibu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. ibu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf ibu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Ibu , adik di sini sihat-sihat je(syurga)..Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik ibu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya ibu .. 



Source : Bercinta Selepas Nikah

BELAJAR BUNYI HAIWAN


Cikgu : Baik anak-anak murid..pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan.
Fairuz, Macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!!

Thursday 4 July 2013

HIJAB

Assalamualaikum  :)

Hijab yang aku maksud kan ialah bertudung, bukan nya hijab yang tetiba jadi 6th sense tu tau(boleh nampak bende halus tu, nanti tak memasal jadi cerita momok pulak). Aaaahaaaaa..kalau kita pergi kemana-mana kebanyakkan perempuan sekarang memang banyak dah bertudung kan (alhamdulillah)..kat IPT ke, office ke, mall or mana-mana je laa..taaapiiii pernah ke kita tau atau tanya kenapa dorang ni pakai tudung.  Kadang-kadang orang kita ni niat nak tegur tapi cara dorang tu salah nak tegur, antara soalan cliche bahkan soalan ni pernah aku dapat time aku belum berhijab dlu :

"Ni bila nak bertudung ni"

"Tak rasa malu ke orang lain bertudung, awak tu tak bertudung"

"Woi, kelas ni wajib pakai tudung"

"Wey, kau pakai laa tudung mesti lagi cantik"

"Bila nak start pakai tudung ni"

"Kau tau tak dosa kau tak pakai tudung ni mak bapak kau yang tanggung"

Dan bermacam-macam soalan yang aku penah dapat dan dengar..tiap kali soalan yang macam ni diajukan dekat aku, aku mesti touching, sentap ke or terasa..bukan sebab hal pakai tudung tu tapi cara dorang yang nak tegur tu yang salah, tu belum lagi tegur then pandang kita atas bawah, or tunjuk signal tangan kat kepala tanya tudung mana..macam teruk sangat dan hina ke orang yang tak pakai tudung tu (dosa memang laa dosa tapi kita tak boleh berlagak dia akan jadi ahli neraka dan kita bakal menjadi ahli syuga)..aku bukan nak backup orang yang tak pakai tudung tu..kalau laa cara nak tegur tu kena mesti dorang boleh terima dengan hati terbuka, silap hari bulan terbuka hati nak pakai tudung.

Aku dulu pernah kejap jadi cikgu sekolah, so waktu nak seberang jalan je mesti bertembung dengan pakcik yang kawal lalu lintas kat situ, benda tu paling memalukan aku dan buat aku hampir trauma tiap-tiap pagi nak pergi sekolah.. hampir tiap-tiap hari aku kena sound dengan pakcik tu depan students aku (betapa malu and aib nya aku rasa).."Cikgu ni tak reti ke pakai tudung, cuba tengok anak murid cikgu ni pakai tudung cantik je, tunjuk laa contoh yang baik sikit depan anak murid" (pedas tak kalau kena kat tempat korang, dah laa cakap nak marah-marah kita..memang menjatuhkan maruah aku sebagai seorang guru), sampai kan penah aku nak menangis bila sampai sekolah sebab malu kot.  Tiap kali pagi nak pergi sekolah je mesti kena dengan pakcik tu, memang spoil betul laa mood pagi kita..Tiap kali aku kena, yang aku mampu hanya sedekah kan senyuman je kat pakcik tu..dalam hati, aku serah kan segala-galanya kepada Allah, sesungguh nya Dia Maha Mengetahui kenapa aku begini..

Imagine laa kalau korang ni perempuan (lelaki please imagine if u are girls and perempuan imagine yang u'olzz free hair), kalau tetiba kena sound macam ni, membuatkan korang terdetik ke nak pakai tudung?? kalau korang pakai mesti sebab nak jaga hati pakcik tu je kan, tak nak kena sound kan (hipo laa nama nya)..memang lagi tak terdetik laa kan korang nak pakai.  Orang yang tegur tu please laa niat dah betul tapi cara salah .Malah mereka yang free hair ni, lagi ramai orang tegur dia suruh pakai tudung lebih-lebih lagi dengan cara kasar macam tu, lagi kebal laa hati dia dari nak pakai tudung.. 

Orang selalu tanya kenapa tak pakai tudung? betul tak?? 
Kenapa mesti kita tanya soalan yang negatif macam tu, lebih baik kita tanya orang yang bertudung ni kenapa dorang pakai tudung..jangan terkejut kalau jawapan dorang sebab mak bapak aku yang suruh, entah laa sebab dari kecik aku memang pakai, sebab kakak-kakak aku semua pakai dan seakan dengan nya..Tapi sebab yang aku tak boleh terima kalau dorang pakai tudung sebab bf kesayangan dorang tu suka dorang pakai tudung..perghh! dahulukan bf tu yang tak boleh belah, rasa nak cepuk je..just forget it pasal bf ni..orang yang bertudung pun belum tentu dapat jawab soalan ni dengan tepat..Dorang memang tau, wajib sebab islam suruh menutup aurat, kalau tak tutup aurat dosa.  Malah ada yang cakap sebab ni kan perintah Allah..Cuba korang tengok pakaian dia, memang betul-betul menutup aurat ke, betul-betul mengikut syariat Islam ke (Baju tak ketat, seluar tak ketat, lengan baju betul-betul menutup pergelangan tangan ke, stokin pakai ke etc).  Kalau tak lengkap, makna nya dorang buat tu bukan sebab Allah..sekadar di mulut je laa tu..

Lagi sekali, aku bukan nak backup free hair atau nak join the group ke ape, sekarang ni aku dah bertudung (alhamdulillah) so tak ada kene mengena aku nak backup ke apa.  Kalau nak tau nasihat kita ni berkesan ke tak, tengok orang yang kita cuba nasihat tu, dia ikut ke tak cakap kita, kalau dia ikut maksud cara kita bagi nasihat tu boleh di terima laa, kalau dia tak boleh nak ikut, sama ada nasihat kita ni salah cara nya atau sebab tak cukup kukuh.

Mungkin ada yang berfikir, kalau tanya orang yang bertudung, so orang yang tak bertudung ni maintain togel je laa, forever and after pon akan togel je laa kan..ok, kenapa aku minta korang tanya orang yang bertudung tu dulu atleast korang dapat kaji sebab musabab dorang pakai tudung, dari situ baru laa korang dapat hint and cara macam mana nak pikat hati perempuan ni supaya bertudung..So kalau nak tegur awek mana-mana pakai tudung tu, fikir laa sepuluh kali dan berkali-kali..kaji dulu, jangan guna kekerasan dan kalau boleh biarlaa berhemah..hema hema hema :)

*Hope korang nya dakwah untuk meramaikan lagi kepekaan dalam menutup aurat ni berjaya ye, wish all the best for u'guz*

xoxo :)

Tuesday 2 July 2013

MASUK U

Good morning :)..
(senyum tak perlu kata apa-apa- sambil nyanyi lagu)..hehehe

Tak silap aku bulan September ni intake Degree and bulan March ke bulan Jun intake Diploma (I'm not sure because sekarang kan dia dah standardize intake kan..so because of that aku pon tak berapa tau sangat, yang penting intake aku dah lama masuk okey!!)

Tak sangka aku dah hampir 4 tahun setengah dah belajar kat u ni (not same uni but in university laa I mean)..and tahun depan dah grad dah (what?? dah nak habeh laa I ni?? bubye u'ollz yang masih study lagi)..and aku tetiba teringat macam mana mulanya aku boleh pilih nak masuk u..

Jawapan cliche korang mestilaa cakap sebab pandai laa ape kan, result SPM cemerlang ke apa betul tak..serious and honestly aku bukan seorang pelajar yang pandai time sekolah dulu.  Aku ingat lagi, tiap kali time ujian ke atau exam akhir tahun, warne merah tu mesti ade and wajib ade atleast 2 or 3, lebih afdhal kalau ada 4..not kidding okey! Seriously aku tak tau apa yang aku belajar sebenarnya time sekolah dulu..alhamdulillah time UPSR, PMR and SPM, tak laa fail and bukan laa cukup-cukup makan..average je..tapi subjek yang wajib fail tu mesti.....eh perlu ke nak citer detail, sogan den???malah aku pernah kot fail subjek Bahasa Malaysia (betapa sengal nye aku dulu,ish ish ish)..so korang boleh imagine tak aku ni macam mana time sekolah dulu.  Bila masuk sekolah menengah ade laa perubahan sikit, pandai sikit laa sebab aku masuk kelas ke 7 kot dari 9 kelas time tu..perghh!! gilew sengal aku ni kan..soo, aku rasa tercabar laa time tu sebab result UPSR aku bukan teruk pun, malah ada beberapa A jugak kot..soo dari situ aku dah faham erti hidup, and aku tengok kelas yang aku masuk tu macam tak ada harapan nak berjaya je so, aku kene cepat-cepat keluar dari kelas tu, so dalam kelas yang tak ada harapan tu, nampak laa yang aku ni genius and pandai (hahahahaha) actually markah aku biasa-biasa je :) so, from there I try my hard to success, sampai bila aku nak di takuk yang lama je..so, berlalu laa segala jenis exam aku harungi sampailaa PMR dan SPM, macam aku cakap tadi, lulus semue tapi sekadar average je laa..not flying colours pun..

Aku pun apply poli and U, tapi dalam hati memang tak ada hati pun nak masuk U sebab aku tau aku tak layak and aku tak boleh buat, time sekolah pun aku tak leh buat apatah lagi U..nak jadi cerita I've got offer from poli, ofcourse laa aku happy gile sebab dapat poli..a few weeks later I've got offer from Uni pulak, hmm memang aku tak nak laa pergi sebab aku ni di kategorikan macam tak pandai laa jugak kan..bagi aku Uni ni untuk budak-budak pandai je..then mak aku memang suruh aku reject poli and accept Uni..aku berhari-hari pujuk mak aku, aku nak poli sebab Uni ni tak sesuai untuk aku laa apa..bla..bla..bla..

Bila aku tanya dengan member aku, ada yang cakap suruh ambil poli and ada jugak yang cakap suruh ambil Uni..nak tau tak macam mana aku boleh ambil Uni ni?? Tetiba aku dapat ayat azimat ni dari sorang member aku..dan aku pegang ayat dia ni sampai sekarang..

"Kalau mak hang restu apa yang hang buat, susah macam mana pun bende tu akan jadi senang je..tapi kalau mak hang tak restu apa yang hang buat, biar senang macam mana pun bende tu akan jadi susah jugak"

I'm speechless bila dengar ayat ni, tanpa banyak songeh aku pun terus melupakan hasrat untuk pergi poli and straight away accept offer from Uni..

Orang masuk Uni tak ikhlas, haa macam-macam laa aku buat perangai..muka monyok je, memang kekwat gila laa aku time masuk tu..sebab aku memang tak ada mood.. soo, bila time study tu kadang-kadang aku rasa down je, macam tak boleh buat, cepat-cepat aku ingat balik ayat azimat tu.."sekarang ni ibu restu perjuangan aku, in sha Allah aku boleh buat, Allah akan jadikan pekerjaan aku ni senang".

Surprisingly, it worth it aku masuk U..sepanjang aku sekolah dulu tak pernah aku dapat award apa-apa dari segi akademik..dekat Uni, time Diploma aku dapat 3 kali ANUGERAH DEKAN dari 5 sem yang ada (actually 6, tapi tak dikire laa sebab tu praktical)..anugerah dekan ni ialah pointer yang lebih dari 3.50 dan keatas laa..alhamdulillah!

And sekarang ni aku further lagi study and again I've got ANUGERAH DEKAN lagi..alhamdulillah (thank you, ALLAH)..

So in conclusion, adik-adik yang dekat luar sana, jangan kerana anda lemah time sekolah or rasa diri ni tak pandai, then tak layak nak masuk U or pergi ke peringkat lebih tinggi lagi..bagi peluang kat diri tu..mungkin cara belajar kita sebenarnya yang salah..

My tips:

  1.  Sapa yang buat notes time study tu, it easier untuk measure keberkesanan notes korang tu..kalau result korang bagus it means notes korang efficient if not, mungkin notes korang too many wording or ayat buku etc.. u need to change it..
  2.  Sapa yang guna ayat azimat macam I tu, make sure korang kena yakin dengan bende tu..jangan cakap kat mulut je..
  3.  Jangan dengar cakap kawan korang especially time exam "eh u'ollz dah study ke"..member korang akan reply "eh, mesti laa belum, gila ke study awal-awal"..soo korang jangan mudah terpedaya dengan kalimah yang macam ni..ni nama nya psycho je..padahal dorang tu dah start study..saja nak markah korang rendah..soo boleh tanya tapi jangan terpedaya okey??
  4. The important thing, FOCUS!..focus ni penting and nak dapat focus ni bukan senang and bukan sepanjang masa..so jangan nak paksa study 5 jam non-stop..kadang-kadang kalau kita focus study 1jam pun dah berkualiti and kita faham lagi..berbanding kita pakse hadap bende tu sampai 5 jam tapi hampas kelapa je yang kita dapat..bila refresh balik, tak tau apa yang dibaca..berangan je lebih..

*hope u guys learn something from this and get inspiration okey!!*
Wish me luck for my exam..and doakan sekali untuk I..
xoxo guyz :)



RESTU GURU

Hello to all my gorgeous readers,

Ahaaaa, bila tengok tajuk ni mesti dalam hati korang akan cakap, 'hey,mestila perlu restu guru tu', mesti nak cakap restu guru tu penting la apa kan..yupz! restu guru tu memang penting tapi bukan itu yang aku nak bebelkan pasal restu guru tu apa laa apa..ok..

At first, Tarik nafas sikit...1..2..3..lepaskan perlahan-lahan..jangan lepaskan kuat-kuat pulak, nanti member sebelah ingat kita buat apa pulak..

It happen to me about 4 days ago,
I've got my paper for common test so definately I'm not satisfied with the mark and I think I'm not deserved that marks (gile poyo kan)..sebab apa I said that I'm not deserved that marks because I tak berpuas hati dengan cara lecturer I marking yang too complicated besides, all of us pun result tak memberangsangkan.  So, what I do to make it clear..kalau korang apa yang korang akan buat??  I straight away whatapp my lecturer because I want an explanation how she is marking paper (but in manner way laa), because I tengok jawapan I ade je keypoint plus jawapan I tu ade je dalam buku but tak laa sebijik-sebijan.  So, I whatapp laa and tanya bermacam-macam kat lecturer I tu, until I felt that cara kitorang interaction ni macam dah tegang (tak gaduh pon tp..hmm kita dapat feel laaa situasi tu cam tak berapa best)..I nak jumpe lecturer I tu tp she's not available.  So, I as a student, I beralah laa, ending the conversation with 'thank you, madam and thank you because willing to answer all my questions'..ends

I though that it is end, but surprisingly my lecturer call I next day in the morning..nak jadikan cerita line tak okay so lecturer I just whatapp me again to explain again about questions semalam yang I tanya..  It shows that lecturer I mungkin dia rasa serba salah and feeling unhappy laa dengan I and rasa betul kah dia yang salah? or something like that laa dia ber-monolog..mana laa I tau dia nak monolog camner kan, nak tau lebih lanjut haa pergi whatapps die..hehehe

So, it's time I nak mentelaah laa sebab tengah final kan..ada 3 ari lagi nak exam..so, bila I nak baca and hafal macam susah gileww kot nak ingat padahal bende tu I dah pernah hafal sebelum ni..contoh ade 5 point kan, nak ingat 1 point pon punyelaa payah..I macam pelik laa apasal pulak ni..bebal semacam je aku ni..Whole day I try to memorized and understand, memang tak boleh nak pickup..

Next day, I try again.  It is better than yesterday but still bebal laa jugak otak ni..berbeza dari sebelum ni..Suddenly, I think and muhasabah diri why it happen?I know why..sebab lecturer I terasa hati dengan I, sebab I mempertikaikan cara dia bekerja, sebab dia terasa sedeh mungkin dengan I..

Nampak tak??walaupun U'ollz tak cakap kasar dengan lecturer/guru, tak tinggi suara just nak explanation je kenapa..tapi bila lecturer/guru tu terasa hati dengan kita, automatic ilmu yang dia ajar kat kita tu susah kita nak ambil..

Bila masuk hari yang ketiga, mungkin lecturer I dah meredha kan soalan I, dia pun dah tak terasa hati..so, I pun senanglaa ingat but it not easy macam sebelum ni..still facing difficulties dalam menghafal and faham untuk subjek 'die' sahaja..


So, if u guys having same problems like me,
1-I suggest that u guys please, please and please try to used the best manner yang korang boleh..tinggi suara atau ter-tinggi suara try untuk elakkan..
2-if terlepas or ter-tinggi sikit pitching korang tu try to say sorry..
3- try to settle kan masalah korang ni face-to-face, sebab kalau whatapps,message or anything yang text ni, risau atonansi orang yang baca tak sama dengan maksud kita and cara kita sampaikan
4-but the important things, korang turun kan ego korang, biarlah korang beralah dengan orang yang lebih tua dari korang even at that time masalah korang tak selesai lagi or jawapan still tak jumpe, tapi keadaan macam nak gaduh je kan, or masing-masing muka dah merah padam..better u guys leave..

*rasa insaf pulak...lepas dari kejadian ni, aku akan berhati-hati lagi atleast I learn something from this*

xoxo guys :)

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...