Sunday 15 September 2013

PENSEL dan PEMADAM

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

Ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...kadang-kadang kita terasa pemikiran dorang ni macam kolot dan tidak sesuai nak di praktik masa sekarang, apatah lagi kita terasa kita ni dah cukup pandai sebab belajar tinggi dari dorang..tapi sedarkah kita tanpa mereka, siapalah kita hidup di dunia ini.  Bila kita tergelincir dalam menempuh dugaan, mereka tetap setia menerima kurangnya kita ketika itu.  Seperti mana mereka terima kekurangan kita, begitu juga kita terima kekurangan mereka.


xoxo

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...