Sunday 6 August 2017

KUTIP HUTANG - baru aku tau rasa mengemis duit sendiri ni macam mana

Aku bukan jenis #friendshipgoal tp more to #familyman .. So, member nak pinjam duit dengan aku memang takde tapi pernah lah merasa, "kau bayar dulu, nanti aku bayar balik kat ko" ..lagi-lagi time nak print assignment, alamat memang halal sesaja lah..kalau 1 assignment dah 1 kepala 60-70sen, kali lah berapa kepala plak dalam group tu, kali lagi berapa assignment..wohoo lepas laa makan untuk lunch. Time tu guna PTPTN je untuk survive.

Bila mintak, orang cakap berkira, tapi kalau aku je kerja tukang print assignment dan tukang bayar boleh mengundang murung jugak..tapi orang mana faham :(

Kat FB ramai orang post pasal mintak hutang..konsep aku senang je, aku berpegang pada janji..bergantung pada orang tu nak bayar pada abad ke berapa, aku ikut janji yang dia tabur kat aku, dan aku tak kisah klo dia just bayar 98% dari hutang asal, sebab aku takkan cuba ingat atau buat2 tak perasan je total dia..fleksibel kan bunyinya..

Harini aku pun nak menuntut hutang lah sebab janji nak bayar bila dah dapat bonus..so kira time tu dah masyuk lah..

Nak jadikan cerita, aku dahulukan lagi duit aku untuk orang yang lain (B), so bulan ni baru awl bulan, duit dalam akaun aku ade tak sampai RM150. Duit PTPTN pun tak bayar lagi, duit telifon pn bulan lepas tak dan nak bayar..hurmm :(

Aku pun bagi lah hint kat orang A pasal hutang yang dijanjikan..jawapan dia nanti dia bagi cash sebab dia prefer cash dari online transfer..

Tak sabar nak menunggu duit masuk kan..

Tick..tock..tick..tock

:(

Hint lagi...

"aku bank-in la kat ko nanti, kau nak buat ape dengan duit tu?"

Wohoo, tanya aku nak buat ape dengan duit tu? Tu duit aku kan? Aku hired dia ke pegang duit aku? Ker aku yang pinjam duit dia?

"Duit PTPTN aku tak bayar lagi dah 3bulan, duit telifon lagi..Wey, dari ko bank in atau cash, baik kau terus online transfer je, nanti ko bagi cash, aku kena bank in jugak masuk ke bank"

"Haa, yelaa nanti lahh"

Seminggu berlalu dari date dia dapat bonus..

Time tengah lepak dengan orang A dan C, aku bagi hint lagi, "oh tak pe, duit aku ade je kat dia (Orang A)"

Orang A: Jumaat ni aku bagi lah

Hari Jumaat:
Krik..krik..krik

Harini, aku hint lagi..
"Tak cukup duit lah, tunggu A bayar baru boleh beli"

Orang A: "Mana duit KWSP kau yang baru dapat tu? Gunalah duit tu!

Menangis aku kat dalam hati, dia ingat aku keluarkan duit tu untuk enjoy ke?

So malam ni kitorang ade dispute lah sikit pasal ni..bila aku cakap aku tunggu dah 2minggu tak dapat-dapat, dia cakap aku berkira lah siap kira 2minggu lah :(  malah menyalahkan aku sebab dahulukan duit aku untuk orang B :( mintak aku tuntut duit aku kat B jugak..

Aku makin confius, apa yang aku buat ni salah ke?
Aku mintak duit aku sendiri..aku tak faham, aku buat salah ke..menyalahkan aku sebab dahulukan duit kat B, patut aku mintak B deposit atau bayar cash..

Aku tak faham, kenapa nak menyalah B padahal perjanjian asal lepas dapat bonus dan sekarang dah extend 2 minggu sampai Jumaat..sukati aku lah nak bagi pinjam kat siapa, kau yang hutang lepas tu nak peram duit aku tu dah kenapa :(

Sedey gilaaaa..lastly, aku yang menangis....
Salah ke aku mintak duit aku?

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...