Wednesday 14 October 2015

Cara simpan duit time BELAJAR

Assalamualaikum :)

Ini cara aku simpan duit menggunakan duit PTPTN..
Melalui duit PTPTN ni lah aku guna memang 100%, untuk yuran belajar, yuran hostel, buku, photostat buku, print assignment, makan minum, shopping, holiday, shopping raya..segala jenis laa..

Aku just guna duit mak ayah aku time 1st sem Diploma..lepas dari tu, dorang memang tak bagi aku duit dh..sebab aku dapat biasiswa/pinjaman.

Sebelum aku bagitau cara aku, aku jenis bukan pakai branded item..kalau cantik, murah aku sarung je..

Tak dek kerja time belajar, nak bergaya bagai..tak boleh nak pakai baju berulang..kalau pentingkan sangat gaya tu padahal pointer ke laut buat ape kan..

Tang shopping, settle..aku beli kat Jalan TAR, Masjid Jamek, Times Square pun boleh..soo dah cut cost dh..

Kalau cuti sem, aku nak beli apa-apa pun guna duit pinjaman jgk..baju raya pun masuk dalam tu..

Parents aku tak bekerja, sebab tu aku kena beringat sikit bila berbelanja..

Segala preparation aku nak masuk u/sem memang guna duit pinjaman jugak..toiletries bulanan pun guna duit yang sama..

Even, aku ni bukan kerja nak bergaya je..pakaian aku taklah lusuh ker, koyak ker, buruk ker..normal la sebagai student..
So imaginasi korang tak yah kolot sangat macam selekeh ker, mesti tiap-tiap minggu baju sama ker ape..

So, shopping settle..Gaya aku pun settle..

Cara aku spend duit untuk makan plak..
Aku still makan..still beli maggie sebagai stock almari aku, still ade biskut..jajan memang ada..aku makan jer nasi tengahari dan malam..TAPI aku beli macam ni..

Aku ambek nasi, penuhkan polistrin..baget untuk makan 2x (tengahari dan dinner-harga tetap sama letak banyak ke sikit)..lauk aku letak dalam plastik.
Contoh macam tempe, boleh 2x makan..lepastu ayam beli seketul..kalau beli 2 ketul pun boleh tapi jangan buat tiap2 hari..nanti cepatlah kopak duit..lepas tu kuah..tengahari lauk lebih skit berbanding malam..macam telur, kuah, kentang..malam, kentang dengan kuah jer..haa lebih kurang macam tu lah aku buat..memang boleh cut cost lah..kadang-kadang, dinner aku nak jugak best..so aku order laa makanan panas..kadang-kadang aku skip lunch..

Buku aku standard bawah RM100 satu subjek..mana yang boleh photostat, aku photostat..mana yang kena beli buku original, aku beli..mana yang boleh beli dari senior, aku beli lah second-hand or third-hand etc..

Lepas tu aku buat bisness kecik-kecik, kalau buku tu nk kena photostat or slides tu nak photostat, aku offer diri aku..nanti aku mark-up laa sikit..dalam 1 buku tu seringgit ker atau 50sen ker bergantung pada harga..
So, dapatlah side income :)

Lepas tu, janganlah kerja nak merayap tiap malam, tiap minggu jer..walaupun assignment, awal-awal tu takdek lagi, ha time free ni lah buat notes sendiri..bukannya time free nilah kena kuar jer kerja..faham tu!
So, duit dah saving..kalau kata boifren yang sponsor pun, still jangan kerap sangat sebab nanti sampai hostel, dah letih terus tidur..habis tu buku-buku dalam bilik tu siapa nak baca..
Kalau Sabtu kuar (ni ntk kes yang di-sponsor), Ahad kena pulun lah bace buku..jangan pulun tengok korea pulak..

Berjimat dan belajar kena seiring..
Kalau berjimat, pandai manage duit tapi pelajaran tertinggal..alangkah ruginya bagi aku..

Bergaya, pelajaran corot..bagi aku tu adalah perkara biasa..bersepah dalam u tu jenis macam ni..

Ada jugak, bergaya dan cemerlang..tapi spesis ni memang susah nak jumpa..
(Bila dia mampu capai 2-3 kali Dekan-pointer lebih dari 3.50)

Aku memang tak bagi tau exactly cara aku simpan duit, tapi aku dah share macam mana aku manage duit aku..

Semoga bermanfaat :)

Lots luv,
xoxo

Monday 5 October 2015

Aku tak reti masak!

Assalamualaikum :)

Dolu-dolu, aku pun fail tang-tang dapur ni..
Aku masak lah ape2 pun, takkan sedap..
Nasi goreng pun xsedap padahal bahan2 n cara sama je ngn org lain..tak payah nasi, air pun xpernah nk sedap, jadi sasau sape yg minum..seriously, ni criter betul..

Kalo mknn/mnuman tu dr air tangan aku, mmg xde siapa yg berani nk rasa..mcm fear factor lah klo spe yg nk try jgk tu..

Sampai aku fobia kalau ade tetamu datang, lepas tu mak aku suruh aku buat air oren..pergh! Neves gilew
Aku mesti suruh mak aku rasa, sedap ke tak..klo aku main hidang ke, mau dorang serik nak datang umah aku lagi..

Aku masak maggie pun, jadi tak berapa nak sedap, tak tau kenapa dengan tangan aku ni..

Lepas tu aku stop n tak pernah masak dah melainkan jadi tukang gaul je kalau mak aku masak..

Tapi sampai bila aku nak lari dari pegang dapur, umur bertambah kan..

Satu hari, aku melepak tidur rumah sewa member aku. Pagi tu, aku tak tau nak masak ape, roti pun tak dek kot..semalam dia ada cakap esok boleh masak bihun..takkan lah tuan rumah masak plak, malu lah aku..
Aku pun gigih kan jugak try masak bihun, serious tangan aku tu dah lama gile berehat..time masak, memang habis semua doa aku baca..kelentang-kelintung sensorang time tu, sebab member memasing tengah melepet je dalam bilik..

Bila dah siap je, aku memang berserah dan bersiap sedia kalau tetiba dorang nak kutuk aku ke, dorang termuntah ke..bihun tu kena buang tong sampah ke..
Aku sanggup bayar ganti rugi

Aku orang terakhir makan, sebab tunggu reaksi sensorang..

Nak tau apa jadi?

Licin..siap dapat pujian lagi..

Sejak hari itu lah, aku try masak apa-apa menu pun tak pernah di kecewakan..ada rasa kot!

Bagi pendapat aku, semua orang boleh je masak,lelaki perempuan boleh!
aslkan confident tu kne ade..

Mcm aku, tak delah kerja nk practise bnde tak sedap tu je..
Aku just berehat dr pgg dapur ntk btahun2, dan start ntk kali ptama, berubah 360 darjah, rasa die..xtau kite pggil ape bnde ni..xkan hidayah plak..heeheehee..

Yang penting kena yakin dan keazaman yang kuat..cewah!

Patutlah, lelaki jadi tukang masak ni sedap..dia guna konsep ni rupanya..hahahaha

Ni aku belanja CHEESE CAKE aku buat..
Hehehe belanja gambar jer



Xoxo :)

Wednesday 16 September 2015

Kenapa fresh-graduate suka sangat berhenti kerja?

Assalamualaikum :)

Terlalu lama aku tak update blog sebab aku dah habis study (Alhamdulillah) dan dah kerja.

Masuk bulan ni, dah hampir setahun dah aku bekerja di tempat yang sama.

Tapi, masalah yang selalu fresh grad hadapi ialah, tak tahan dengan company tu lah, environment tak ok lah, kawan tak best la, haaa segala macam lah..mula-mula kerja, kena buli tu memang biasa sebab kita tak reti buat kerja, memang banyak benda kena belajar.

Baru sebulan kerja, perasaan nak berhenti kerja tu mesti membuak-buak. Nak bukak bisnes, memang biasa aku dengar even it happen to myself.
Lagi kritikal, aku menyalah kos aku pilih time Degree dulu..hahhahaha

Majoriti kawan-kawan aku, semua lompat kerja, baru kerja beberapa bulan dah berhenti dan apply kerja lain.

Sebenarnya, yang problem bukan persekitaran kita tapi diri kita sendiri.
Andai, kerja yang pertama ni kita tak boleh tahan, pastinya kerja yang kedua dan seterusnya pun kita tak boleh tahan.  Perasaan nak berhenti tu mesti akan muncul lagi-lagi tiap hari Isnin..
Pergh!! memang selalu aku kena lah, hari Isnin je, mood berhenti kerja menyerang, even dah setahun ni pun perasaan tu masih ada.

Ada kawan-kawan aku yang baru beberapa bulan kerja dah berhenti, dan dapat pulak kerja yang lagi bagus dari segi gaji atau benefit. Memang bagus tapi resume tak cantik lah.

Kalau aku dekat resume dah boleh tulis, Company A selama setahun bekerja sehingga kini, dan orang kedua tulis Company A sebulan, Company B tiga bulan, Company C 5 setengah bulan, Company......lalalaala..

Korang tengok mana yang ada quality?

My advice, try untuk lawan perasaan nak berhenti kerja dan mulakan bisness bagai tu..semuanya dusta..

Kumpul duit dulu dengan bekerja, dan pada waktu yang sama rangka bisness korang.

Opps! sebelum aku tutup, ni nak cerita sikit pengalaman aku kerja lagi-lagi bulan yang pertama dulu, aku selalu kena maki dengan budak umur lagi muda dari aku, dia memang cepat naik angin, dan mulut dia memang selalu lah maki orang dan melihat orang lain tu tak bagus, dia je yang bagus konon nya.

Ada dia bagitau bos aku, aku ni slow..imagine lah dia dah bekerja hampir 6 bulan at that time dan aku baru sebulan which actually 2 minggu dengan system tu..dia dengan suka-suki nya sebot f*** kat aku. Memang banyak kali lah kena.  Tapi aku sabar sebab dengan orang macam tu tak payah nak layan, orang educated akan tunjuk cara yang educated bukan macam perempuan tu buat kat aku, if aku layan dia, kira tak ada beza lah aku dengan dia.

Doa orang yang teraniaya ni kan mujarab, sekarang perempuan tu dah behenti dah pun. syukur.

Selama Hari Malaysia !!
tapi aku kena kerja....huhuhu

xoxo :)


ANTABAX



Assalamualaikum :)

Tau tak apa fungsi-nya benda alah tu??

Aku dapat ni secara free ala-ala sample laa katanya, tapi aku tengok kat kedai pun jual selambak besar tu jugak.

Benda free, pakai lah kan..jadi-lah gedik kejap..konon pembersih lah sangat, bila keluar toilet je pakai..tapi aku perasan macam inti-pati dia ni terlalu kuat..

Tiap kali aku spray, aku perasan tangan aku akan kering..hurmm, bau tak yah cakap lah, memang bau ubat yang sangat kuat, and one day I stop using it because my theory is like this..

1. Does this thing will kill all the bacteria on your palm or it will only kill certain bacteria which might be harmful to your body?

2. How it (antabax) can clasify that one is bacteria baik or bacteria jahat? and once I used it, tangan ni memang terasa kering lah..does it means on my palm all of it is bacteria jahat?

Entah macam mana aku dapat idea, kalau lah die mampu membunuh bakteria sehingga 99.9% kat tangan aku ni, dan bila kering aku boleh terasa kesan kebagusan nya (mungkin), why not I try to spray on my bed, blanket, towel, pillow etc?

At beginning, I didn't notice anything.  After few times I have used and spray, I perasan bau bantal I dah kurang..I tak lah cakap bantal I busuk, tapi bantal peluk I yang macam-macam bau tu pun mampu hilang kot..

So, why don't you guys try!

Guna sikit je, spray secara menegak so percikan air tu jadi kembang, hahahaha ayat apa ni..

Semoga bermanfaat :)

xoxo

Thursday 2 July 2015

Testimoni

Assalamualaikum kat diri sendiri :)

Memandangkan tengah free sekarang ni, aku tertengok lah testimoni produk kecantikkan ni.

Tapi hambar betul, gambar Sebelum vs Selepas..pergh, Camera360 tak dapat nak lari ek.

Lagi tak boleh belah, gambar Sebelum memang dah cerah, gambar Selepas pun cerah jugak, just tambah flowless je..sabooor jelah


Tapi seriously, nasihat aku kat diri aku ni..aku tak encourage pergi baca testimoni tu sebab:

1.
Pergilah blog mana-mana, supplier mana-mana, facebook ka memang semua dok pakat guna testimoni yang sama je
(ade je blog/supplier yang guna testimoni customer sendiri tapi sangat sikit lah)

So, refer kat 1 tempat je kire korang tak payah nak pergi tengok testimoni kat tempat lain dah, sebab sekali post memang one-shoot la dorang letak testimoni tu (hehehehe)

2.
Pernah tengok testimoni guna Whatapps?

Haa yang tu lagi lah, sumpah seranah aku dalam hati (tipu-tipu-tipu, tapi seriously aku just cakap dorang tipu je tak sumpah seranah pun).

Bukan tipu tapi macam syok sendiri, rasa macam buyer and supplier tu orang yang sama.

Baget-baget produk tu bagus gile padahal baru beli tu.

Lagi tak boleh belah, kata pakai sehari dah nampak kesan, glowing, gebu gebas..memang ada setengah produk pakai sehari kita dah syok sendiri, tapi bila tanya orang sekeliling semua tak perasan pun.

Tapi, agak-agak korang dengan cukup yakin dan teringin sangat nak membeli tu..haa baru refer kepada testimoni ni sebab dia boleh convince kita kononnya memang produk tu terbaik dan pilihan yang tepat.

Kalau setakat dia memanggil-manggil tu perkara biasa, hasutan nafsu namanya.

"Belilah saya..belilah saya...saya ni bagus tau"

Memang selalu ignore kan sahaja feeling macam tu.


Conclusion nya di sini, selalu memang aku tak tengok testimoni ni..memang kita kena cuba sendiri baru tau bagus ke tak bagus..atau sesuai ke tak dengan diri kita.

xoxo :)
Selamat Berpuasa.

Tuesday 24 February 2015

Secret Skin Kawai Collagen..Murah memang tak hingat!!

Assalamualaikum :)

Kali ni tak nak cakap banyak. Kerja office memang berlambak ni. So, straight to the point sahaja okey:)..
Siapa yang rasa harga aku ni berbaloi, jangan malu jangan segan terus pm tau, 0182995569 :)

**kalau nak jadi dropship agent untuk produk kesihatan pun bisa aja, mahu jadi dropship agent untuk pakaian pun bisa aja..serba boleh la, pendek citer.

Seperti yang sedia maklum, SECRET SKIN KAWAI COLLAGEN, dia ada 2 set yang berlainan:





SET JIHAN RM145 

(haaaaaaaa, biar betul..rata-rata tak kan ade yang dapat harga ni sebabnya, harga ni aku ambek secara pukal terus dari kilang..eh tipu-tipu..hahaha tapi memang betul hargani murah bukan sebab dia tak ori, tapi sebab kitorang ambek secara banyak)

SET DR. HALINA RM125

(ermmmm, harga untuk set ni memang boleh tahan jugak kan?? sebab tu aku cakap, harga ni tak kan dapat kat mana-mana...hahahahaha dunia ini ana yang punya)


Sebelum tu, meh aku share sikit lah apa yang bagusnya produk ni, SECRET SKIN KAWAI COLLAGEN..

Fungsi SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN:

- Kulit putih & sehalus kulit bayi seawal 3 hari..
- badan juga turut putih, bukan muka shj
- Kulit lembap & glowing dlm masa 1 hari..
- kulit tegang, anjal & muda dlm masa 15hari..
- jerawat kecut dlm ma. hari..
- sgt berkesan menutup pori-pori terbuka
- masalah kulit berminyak berkurang dlm masa 5 hari..
- parut pudar dlm masa 7 hari..
- kulit celah-celah badan yg gelap menjadi cerah (ketiak & celah peha)
- dapat menahan selera makan supaya sentiasa kenyang
- melawan kanser
- membuang toksin
- berfungsi utk cuci darah kotor
- memudarkan stretchmark
- mengembalikan kemerahan bibir
- menambah susu ibu
- memberi kecergasan badan
- menaikkan HB bg wanita hamil
- penawar pelbagai peyakit
- bagus utk dalaman wanita
- Menghilangkan eczema dgn efektif
 
KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN dari segi kulit:

• Merangsang kolagen asal kulit
• Menghalang sinar UV matahari
• Mengaktifkan penghasilan kolagen
• Melambatkan penuaan
• Meningkatkan stem cell kulit
• Pemutihan kulit lebih pantas
• Kulit lebih anjal & muda
• Menghilangkan kedutan
• Menghilangkan kulit sun-burn
• Menghilangkan jerawat
• Menghilangkan parut hitam
• Mengurangkan jeragat
• Mengatasi kulit bersisik
• Kulit kering menjadi lembap
• Kulit kasar menjadi halus
• Mengatasi penyakit kulit
• Mengatasi masalah kulit rosak
• Mengatasi masalah tumit kaki pecah
• Mengatasi masalah kulit merekah
• Menghilangkan eczema, psoriasis, rosacea dll
 
KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN dari segi kesihatan:

• Mengatasi sakit sendi tulang
• Mengatasi sakit senggugut
• Mengatasi masalah mata
• Sesuai untuk ibu mengandung
• Sesuai untuk ibu menyusu
• Mengurangkan stretchmark
• Mengurangkan selulit
• Menurunkan kolestrol
• Mengatasi rambut gugur
• Mengatasi bibir mengelupas
• Memberi tenaga kpd badan yg letih
• Membuang toksin
• Sesuai untuk masalah sakit darah tinggi & kencing manis
• Tingkatkan pengeluaran susu ibu
• Melangsingkan badan

 
p/s:
Bolehlah follow instagram saya @rantingsidea
atau 'like' fb saya di Blouse & Skirt & Dress Murah
 
xoxo :)
 
 

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...