Tuesday 19 March 2019

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna untuk mereka.

Bermula 2018, perasan tak kita dah dikenakan EIS (Employee Insurance Scheme) dalam RM7-8 (bergantung pada gaji) macam tu..cuba check slip gaji ada ker tak?

Orang yang layak memohon hanyalah orang yang diberhentikan kerja (tanpa sebab disiplin), VSS/MSS, dan seumpamanya, kecuali:


  1. Perletakan jawatan secara sukarela
  2. Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
  3. Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat
  4. Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan
  5. Persaraan
  6. Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku
So, faham kan? 

Cara nak mohon EIS/SIP::::::

i. Diberhentikan kerja tak lebih dari 60 hari
ii. Sila scan slip 6 bulan gaji (jangan scan 1-1 tapi jadikan 6 slip gaji kepada 1 file)

++macam mana cara nya kali slip gaji ni soft copy? perlu print dlu ke bru scan??
Tak perlu, pergi ke search google, taip combine PDF, haa bersepah online app yang boleh combine kan multiple file kepada 1 file

iii. Scan IC
iv. Surat pemberhentian kerja (surat MSS/VSS)
v. Slip akaun bank (bukti no bank tu, atas nama kita)

Pergi ke website:   Click me :)  lepas tu tekan "Setuju" dan boleh la proceed untuk mengisi maklumat yang di perlukan.



Sila memilih branch Perkeso yang terdekat ye, kerana jika permohonan anda lulus (akan dapat emel/call), dalam masa 7 hari bekerja kita kena pergi branch yang kita pilih semasa memohon untuk isi borang dan signature. Kemudian, minimum 3 minggu diperlukan untuk proses duit tu masuk ke akaun.

Sila bertanya dengan pegawai tersebut, berapa banyak alaun yang akan mereka cover dan untuk berapa lama..kalau macam kes MSS, dorang akan cover selama 3 bulan menganggur sahaja, 

Bulan pertama menganggur, 80% dari gaji
Bulan kedua mengganggur, 50% dari gaji
Bulan ketiga mengganggur, 40% dari gaji

Jangan suka sangat, sebab bila kita pergi branch, pegawai akan set kan target untuk kita, seperti kena memohon 15 job application dari pelbagai sumber (perlu screenshot) dan perlu dapat 2 interview (pegawai akan beri borang, tiap kali pergi interview, kena stamp dari company sebagai bukti) dalam sebulan dan submit ke dalam sistem perkeso. Untuk bulan pertama, perkeso akan proses terus, tapi untuk bulan ke-2, perlukan bukti menunjukkan kita hit target seperti diminta, kalau tak, memang takkan dapat la duit bulan ke-2.

Kenapa kena tanya jumlah alaun yang akan dapat dan berapa bulan? 
Kerana setiap kes diberhentikan kerja adalah berlainan, ada yang Perkeso hanya beri RM600 sebulan, ada yang akan di cover sehingga 6 bulan, dan sebagainya..untuk kes di atas, hanya mereka yang kena MSS sahaja saya boleh confirmkan.

Tu je lah info kali ni.

Semoga berjaya claim!
Semoga dapat pekerjaan secepat yang mungkin!

Sekian.

xoxo :)




Monday 25 February 2019

Perempuan: Perlu pertahankan atau dilepaskan sebuah perhubungan itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera:)

Bagi aku dah tak relevant dah nak claim hubungan tu serius kalau takat lelaki tu berani jumpa mak-pak perempuan tu tapi tak berani nak memperkenalkan perempuan tu kat family belah laki..

Ada faktor-faktor yang lain juga perempuan kena consider untuk pilih pasangan atau nak teruskan perhubungan:

1. Bila dalam perhubungan tu dia dah start mintak benda yang belum sepatutnya dia ambil which is your body..it is a BIG BIG NO untuk kau pilih dan teruskan perhubungan tu

2. Bila dia pernah kantoi curang padahal time tu korang dh couple/relationship
Lagi obvious bila post kau kt social media, takde pun dia nak like, tapi bila madu kau up kt social media, si jantan ni siap bagi love lagi..hahahaha...kau hadoo

3. Bila sebelum kantoi curang tu, kau dh berapa kali serkap jarang tapi dia pandai putar belit cerita@menipu, and end-up kantoi..jangan bagi peluang kedua kat orang macam ni, sebabnya menipu dan dia akan berpisah tiada..kalau kau bagi peluang kat orang macam ni, maknanya kau memberi peluang untuk diri kau di perbodohkan lagi!

4. Bila dia berjanji, dia mungkiri janji berkali-kali
Perempuan kan suka bagi peluang kat lelaki, kononnya dia akan berubah, padahal...hmm
Contoh, dia janji nak ambil kau pagi, smp ke petang tak nampak batang hidung, bukan sekali tapi berkali-kali

5. Menipu
Dalam perhubungan ni, lagi-lagi time belum ada ikatan..walaupun halus penipuan dia buat tapi berkali-kali, itu perlu diambil kira
Contoh, raya nanti saya nak bawak awk jmp family saya, sampai habis raya sepi
Si dia kata "nak kahwin dengan awk" "sayang dengan awk" "cinta dengan awk" tapi effort kearah tu sikit pun tak hadoo..kerja malas cari, kaki perempuan, family si lelaki sikit tak tahu mengenai perhubungan tu
Please, jangan percaya bulat-bulat apa yang lelaki tu cerita..action speak lounder than word..buktikan dengan perbuatan bukan hanya berkata kata manis, tabur janji yang melekakan..padahal, semua tu KOSONG!

6. Drama king, suka buat cerita sedih padahal takde apa-apa
Contoh, "saya accident"..padahal tak pun, elok tengah makan roti canai, saja nak mintak perhatian
"tadi potong pokok, dahan dia himpap kt kepala, keluar darah banyak, ni nak jumpa doktor ntk xray"
Padahal, darah mengalir pun tak, anak jantan kot..takkan lembik sangat..tak payah nak xray laa

7. Kalau dia start mengata mak-pak kita, kau dah start kena berjaga-jaga untuk angkat kaki

JIKA ADA CIRI-CIRI SEPERTI DIATAS, SILA BERAMBUS DARI HIDUP SI DIA..
Memberi dia peluang ke-2, ke-3 ke-10 sekalipun tak memberi makna, bermandikan air mata je la lepasni

xoxo :)

Sunday 3 February 2019

VSS/MSS dan CARA PENGIRAAN

Assalamualaikum :)

Sekarang banyak company yang mula goyah, ada yang mulai tutup dan terpaksa menawarkan VSS atau MSS kepada pekerja.

Mungkin ramai yang familiar dengan VSS. Dimana, dia dengan rela hati untuk mengambil scheme tersebut. Syarikat akan memberitahu berapa bulan gaji sebagai pampasan dan dibuka kepada sesiapa yang berminat. Ada juga yang syarikat dah siap2 senaraikan nama yang perlu untuk mengambil VSS ni.

Tetapi orang mungkin jarang dengar perkataan MSS. M stands for mutual. Maksudnya, ko diberikan pilihan 'take it or leave it'. Sebagai contoh, kau di suruh untuk pindah ke A dengan bayaran sekian, benefit sekian sekian, kalau kau taknak pindah, kau kena ambil option B iaitu resign. Selalunya untuk kes merging, benefit/package akan berbeza dari sedia ada.

Apa tindakan yang perlu kau buat selepas itu?
  • HR/Payroll akan keluarkan surat VSS/MSS letter mengatakan pekerja ini mengambil MSS..macam official letter
  • Akan ada borang macam EA form LHDN, dimana borang tersebut akan tulis basic salary, encash Annual leave (incase ade balance cuti tahunan, dia convert cuti tu kepada cash), cash compensation untuk berapa bulan (contoh, 3bulan gaji x dengan basic salary), jumlah wang yang akan ditahan oleh majikan, jumlah duit yang akan ditolak oleh EPF/Income tax, total duit yang akan kita dapat selepas tolak semua tu
  • Once dah dapat borang-borang ni, kita kena pergi ke LHDN untuk buat CLEARANCE
70% (salary+compensation) akan release dan 30% akan ditahan selagi kita tak submit form/surat dari LHDN.
Kita akan pergi ke LHDN sebanyak 2x (dan mestilah LHDN yang sama). 1st visit kena submit borang2 yang diperlukan..selepas 14hari, kita datang semula untuk ambil surat yang dikeluarkan oleh LHDN dan submit kepada HR/Payroll. 2-3hari kemudian, 30% yang majikan tahan akan dorang release kepada kita.

Dokumen apa yang diperlukan untuk submit ke LHDN?
  • Payslip setahun (contoh diberhentikan pada Jan 2019, so paylip diperlukan adalah bermula Jan 2018-Dec 2018)
  • EA form
Setiap tahun majikan akan keluarkan EA form (tak kisah sama ada kita layak dikenakan income tax atau tidak, kita akan dapat borang tu). Bawa borang tu dari start kita kerja. Kalau gaji dah layak dikenakan income tax, tapi kita tak pernah declare, akan dikenakan sedikit penalty nanti, boleh buat dikaunter. Untuk siapa yang hilang EA form tu, kena pergi mintak semula ke majikan yang lama ya, kalau anda jenis setahun lompat tukar kerja, haa jenuh laa nk pi cari HR tiap company tu mintak dorang keluarkan borang EA form tu.
  • Sampai dikaunter(LHDN), kita akan diminta untuk membuat e-filing bagi tahun sebelumnya dan tahun sekarang (kalau berhenti Jan 2019, kita kan buat e-filing bagi tahun 2018 & 2019)
  • Jangan lupa juga, borang HR bagi tu
Bagi yang dah berkahwin, sila semak borang HR bagi tu sama ada status yang ditulis sudah berkahwin atau bujang. Kalau bujang, sila bawa kad pengenalan anda untuk membuat pelepasan cukai bagi tahun sebelum sebelumnya.
Pastikan semua dokumen diatas dibuat salinan ya
  • Ada branch yang minta photostat IC dan ada yang tidak perlu

Cara pengiraan:
  • Kalau anda berkhidmat atas dari setahun dan bawah dari 2tahun, anda layak mendapat 10hari compensation (cash)
2 tahun keatas =15 hari
5 tahun keatas= 20hari
-Andai kata anda masuk bekerja pada 4/12/2017 dan diberhentikan pada 31/1/2019.
4/12/2017-4/12/2018 = setahun (1.00)
5/12/2018-31/1/2019 = hampir 2bulan
So, 2/12 = 0.16
==1.16 (Year of service)
Atau pun, last date minus join date /365 days?
Ha kira la manual..cari kalender, haa kira satu-satu
  • Cara nak kira year of service kepada RM=
Basic salary x 12months/10days x 1.16

  • Cara nak kira balance Annual Leaves (encash)=
Basic salary/26 days x how many leaves left

  • Cara nak kira 10 hari yang kita entitled tadi (daily wages)=
Basic salary x 12months /365days x 10hari

Siapa yang ada cuti banyak lebih, jangan habiskan cuti, convert cuti tu kepada cash. Sebab RM cuti ni lagi tinggi berbanding harga gaji sehari kita.

Harapnya, siapa yang terkena tempias VSS/MSS anda reti nak kira duit yang bakal anda dapat, dan jangan bergantung kepada HR, kadang-kadang mereka juga tidak mempunyai pengalaman untuk ini.

Semoga mental anda kuat mengharungi dugaan yang bakal datang dan mendapat kerja secepat yang mungkin. Amin

Terima kasih.

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...