Monday 7 August 2017

TRIP KE BANDUNG

Cerita di Bandung..
Disebalik senyum-senyum, gelak-gelak kat Bandung haritu ade kisah di sebaliknya...
Agak frust jugak kena tipu dengan orang-orang kat sana..

Day 1 @Khamis, 15/9
-Reach BDO at 12:10-1:20pm
-Rumah kain Haji xxx (tak igt nama)
-Rumah Kain persona
-Check-in @De Halimun Guest House

Actually, plan asal nak guna supir hari ke-3 shj dan selebihnya guna teksi atau angkutan kota..bila dah sampai sana, plan berubah.
---------
Tipu #1
Kitorang sampai kat airport pn dh ptg dlm pukul 2, tanya dia(orang teksi) nk charge berapa kalau kitorang nak guna pkhidmatan dia smp malam dalam pukul 8..dia cakap lah 320k memula tu, konon dah murah..kalau tanya supir lain pun tak dapat harga ni..last skali dia bagi Rp300k plg murah katanya..kitorang pun iyakan je.
Padahal, ade supir ktrg ni dia boleh charge lagi murah dr harga tu (rp150-200k)..fuhh, orang Msia kan kaya..mmg dia tekan habis
----------
Tipu #2
Kitorang ni nak beli simkad, mintaklah dia advice mana satu yang ok..adelah dia bawak 1-2 tempat, dan kitorang pun beli 6gb, Rp60k..rasanya kawan dia jugak..
Keesokkan harinya baru perasan, sebenarnya sim tu bukan 6gb tapi 4gb.
Pesanan penaja:
-Kalau nak beli sim, elakkan beli kat tepi jalan ni,lagi-lagi kalau dia tulis tangan 6gb ke 10gb ke..
-Double check betul ke GB dia tawarkan sama dlm kad sim tu, jgn double check dgn seller tu, kita baca sikit info kat kad tu sebelum bayar.
-Mintak tlg dia masukkan sim tu kat hp kita, sambil dia masukkan sim tu kita ambek kad tu belek-belek sikit, kat situ pun ada info psl GB atau pakej sim kita..dah puas hati, internet pun dah activate baru kita bayar
----------
Lepastu bila dah malam, bukan dia bawak ktorang gi dinner, dia anta ke hotel dan terus balik..pandai-pandailah cari makanan sendiri..
Pesanan penaja:
Kalau plan nak guna supir, cari siap2 dari Msia..jangan sampai sana baru nak cari memang dibodohin lah dgn orang-orang kat sana terutama harga.
----------

Day 2@ Jumaat, 16/9
-D'fashion textile
-Pasar Baru Trade Centre
-Factory Outlet
-Kebun Kelapa

Hari ke-2 ni kitorang guna supir ktrg, dalam Rp450k sehari (pagi sampai mlm)
D'fashion textile ni, kain boleh dikira murah jugak..kain lace memang murah, kain cotton pun murah..murah berbanding harga kat Msia
----------
Tipu #3
Pasar Baru Trade Centre
Harga kat setiap level dalam mall ni, semua mahal gile..rasanya harga kat Msia lebih okay..Jalan TAR/Times Square lagi berbaloi beli berbanding kat sini..
Setiap kedai kat sini, semua letak harga lebih dari Rp100k..semua baju takde terkecuali..tshirt biasa pun harga macam ni, factory outlet pun ade jual baju Rp50k
Dorang ckp kena bawak orang dia kalau nak shopping kat sini..memang frust gile, so aku beli seluar jeans je kat tingkat bawah sekali dpt dalam Rp70k..padahal makcik kat tingkat atas tu jual Rp100 lebih lepastu ckp tingkat bawah tu jeans tak berkualiti, kalau basuh kaler luntur..aku dah basuh elok jer jeans tu..
Pesanan penaja:
Angkut supir korang tu ke hulu ke hilir..mintak dia tawarkan..kalau ada member orang sana pun, bagus boleh dia tlg sikit bagi tips shopping/tawar menawar.
----------
Factory outlet kat sini harga not bad, murahlah jugak..tak murah, tak mahal..kalau nak branded boleh lah singgah
----------
Tak pasti ejaan betul ke tak Kebun Kelapa tu..harga murah, macam kedai hari-hari sikit rupa dia..berderet kdai kat tepi jalan tu
----------

Day 3 @Sabtu, 17/9
Dusun bambu 20k/person + 15k parking
Floating Market 20k/person + 10k parking
Farmhouse 20k

No more shopping, hari ke-3, kita melawat kawasan jer lah ek.
Dusun Bambu, honestly aku tak tau aku nak tengok aper..ala-ala riadah di petang hari jer..jalan-jalan kat jejantas (tak xtau panggil aper), bila aku tengok atas, aku nampak pokok yang tinggi..
Bila aku tengok bawah, nampak rumput jer lah, xnampak pun pokok yang unik ke cantik ke..bila tengok depan, baru aku perasaan jejantas ni pusing-pusing mcm tak de motif..hahaha
Main attraction kat sini, pemandangan rumah yang dekat atas air tu..
Google je Dusun Bambu, memang gambar rumah tu lah yang banyak orang share..cantiklah view area situ..setakat 5minit tenung boleh lah..nak lebih2 memang terjun kolam lah...
Lepastu, aku naik ke atas lagi..nampaklah pokok lavender dengan pokok warna merah tu.. lepastu dah jalan mati..erk!
Taktau nak tengok view ape..huhuhu
Jangan tertipu apa yang diceritakan dalam website...
Tapi kalau ada yg pernah pergi, cakap tempat tu best..hmm ok!
Mungkin jiwa kita berbeda..huhu
----------
Bila nak tulis pasal Floating Market, aku bersemangat sikit :)
Tempat dia unik!
Bila masuk je kat sini, tix masuk kita tu boleh tukar jadi air(milo, nescafe, capucino, xigt ape lagi tapi semua ni air panas), jangan tukar dulu sebab kat dalam nanti pun ade tempat air ni..
Kat sini sebenarnya tempat makan tapi dia jual atas air dalam sampan, ade banana cheese (try kedai yang sangkut pisang banyak tu, pisang dia rangup dan manis), ais blended, sate, entah macam-macam lagi ade yang menu tak de kat Msia pun.
Oh, cara bayar dia guna token..kita aim lah nak beli ape, dan tukar kat pondok kat tepi-tepi tu..air nak redeem tiket kita tadi pun boleh redeem kat area situ situ..
----------
Farmhouse ni takyah pergi pun tak rugi..lagi sekali aku tak tau nak tengok apa, dekat website ya ampun, cantik sangat kan tempat dia, tapi indah khabar dari rupa.
Rumah hobit tu, adelah 2biji rasanya..lepas tu area lock love ala-ala Paris tu..kalau ke depan lagi, adelah view bangunan mcm Perancis sikit, kat website adelah tunjuk bangunan warna putih, perempuan pakai baju tradisional..
Barangkali aku yang tak berapa nak reti layan view yang macam ni..siap tanya kat supir tu, apa yang best dalam ni macam xdek apa2 jer?
Dia cakap, kalau orang area situ mmg xpergi farmhouse ni sbb xde pape, dorang pelik kenapa tempat ni jadi tempat pelancong..
Ada faham?
Jangan percaya kat website sangat.
----------

Day 4 @Ahad
Amanda Brownies
Kartikasari
Flight@ 2:05-5:10pm

Last day kitorang pergi beli kek jer lah, tak mampu nak singgah memana, duit pun dah tak hadoo memasing..catu kot ari last tu..duit supir pun kitorang bayar guna RM..

TRIP KE JOGJAKARTA

Nak tau tak apa yang best dengan Yogyakarta?
Harga murah dan makanan kat situ sedap.

Tak perlu nak bawak megi, serunding, ikan bilis, nasi impit ke hape, semua tak perlu..memang boleh je masuk kat tekak :)

Time membeli-belah kat Pasar Prambanan dan Pasar Beringharjo, dorang tak main harga mcm kat Bandung..harga memang mampu milik, kalau pandai tawar, haa dapat lah murah lagi..

Pencopek ke, alhamdulillah memang tak dek, kalau bukak blog pun memang takdek yang mention pasal ni (berbeza dgn BDO/Bandung, handbag tu memang jangan leka dan jgn sesekali tak zip), byk blog yg advice benda yang sama..ade kes tu, camera pun pencopek boleh ambek tanpa tuan handbag sedar punya power tak power pencopek kat sana)..tp kat Jogja kalau kita jalan pun, mata2 dorang tak lah merenung kita ke ape..semuanya ok!

Saja kali ni nak share basic expenses masa kat sana..

Hotel (3night stay)+ Flight (return)= RM498.79
Supir: RP2j (approximate) for 4days (RM117/head)
Rate tukar: RM334/IDR1juta

Day 1
- pick up airport
- lunch
X- candi prambanan 234k
X- candi ratu boko 110k
X- bukit bintang foc
X- bukit mojo gumelem 3k/spot
- makan malam di resto jogya
- Check In hotel

Dekat Candi Prambanan ni kita boleh beli tiket untuk ke Borobudur..nak masuk C.Prambanan harga RP234k dan Borobudur RP260k(after sunrise) tapi kalau beli sekali ngn Borobudur RP416k. Kalau nak masuk time sunrise (4.30am mcm tu) harga berbeza, RP450k sekali menginap kat hotel Manohara. Kitorang skip masuk candi ni, tapi terlajak pergi shopping kt Pasar dia..

Tak pasti semua tempat di Indonesia, jual beli dia memang macam ni ker aper, so far seakan sama dgn tempat sebelum2ni.
Kalau di Msia, kita cuma nak survey harga..kita tanya seller tu harga, kalau ade chance nak mintak diskaun, kita tanya..dan andai kata tak berminat, kita cakap "takpe, terima kasih", betul tak..tapi kat sini, once kita bukak mulut main harga dgn dia atau tanya/mintak nak kaler lain ke


 Day 2
-Borobudur Sunrise 450k
Sunrise 430am/sunset 1630-1815
Tmsuk teh/kopi, mknn ringan
-Museum Ulen Sentalu Kali Urang 50k
-Makan Siang
-Merapi Lava Tour
2j: 350k/ 4person
3j:  500k /4person
4j: 650k/4person
-Hotel

Borobudur ni lah salah satu tempat shooting Ada Apa Dengan Cinta 2.. Bila sampai sini, aku ambil feel konon dengan Rangga lah..kah!
Tempat ni is a nice place to visit (Recommended)

Kalau sekali fikir, mesti macam Muzeum Negara kan? Sedikit membosankan, tak tau nak tengok apa kan, TAPI Museum Ulen Sentaru ni, quite ok sebab akan ada sorang guide bawak kita keliling dan cerita sejarah di sebaliknya..macam aku tak minat sejarah, aku dengar explanation dia macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan tapi yang aku suka kat situ ialah tempat dia..kawasan dia luas, cantik, ada bahagian tertentu, batu-batu kat situ sejuk dan kawasan situ sejuk, padahal aircond kipas tak de pun pasang kt situ..(Recommended)

Kalau sampai kat Merapi ni, naik Jeep tu is a MUST..ambil paket yang paling murah pun tak pe, sekadar syarat je..aku tak pernah naik jeep, lalu plak jalan yang berbatu-batu, konon adventurous lah tu..tp memang best! (Recomended)

 Day 3
-hutan pinus 2k/head + 5k parking
- gua pindul & Rafting di Gunung Kidul 60k +50k/mobile + 5k parking
X- air terjun sri gethuk 35k (roughly)
- parang tritis 5k

Hutan Pinus ni macam krik..krik sikit bagi aku..setakat pokok je nak tengok..aku punya pusing cari pokok yang tersusun elok, tak jumpa jumpa..semua senget dan tak teratur..kalau korang suka tengok pokok yang sama je, boleh lah datang..kalau tak dan nak pergi pun tak pe, tak rugi..

Untuk yang rafting ni, cenggini 👍👍👍 mak mak pun boleh je join..lepas tu kita bukan basah lenjun..basah kat area belakang je sebab kita tampung badan kita dekat pelampung kan..memang minor je basah..melainkan nanti dalam gua tu korang gi terjun..haa memang basah lah..kalau aku yang behave ni, aku tak tukar pun baju lepas tu sebab aku pakai baju yang cepat kering dan bukan cotton, so tak berbau.. Nanti kasut pun dia bagi pinjam juga, incase lah korang nanti nak berjalan ke ape..(Recommended)

Parang tritis ni, laut je..yang tak best tu, nak masuk tengok view je pun tapi kena bayar..padahal kat Malaysia tak pernah pulak kita pergi pantai kena bayar kan..so kitorang pergi situ untuk makan je..

Kat Jogja ni, semua benda bukan free..kat tempat lain (di Indonesia) pun sama je..pantang parking tak sampai 2 minit padahal ade orang menunggu dalam tu pun, tiba-tiba muncul makhluk mintak duit claim konon tu tempat dia, nanti nak keluar parking dia tolong lah tahan kereta lain untuk bagi laluan kat kita padahal ade setengah tu, kita boleh je keluar sendiri..tapi tu lah, dah memang budaya dorang macam tu, just make sure dalam purse/wallet ade lah duit kecil dalam 2,000-3,000 rupiah, get ready setiap parking atau tengah-tengah jalan ade orang tahan ke..

Day 4
- sarapan di hotel
- free program jalan jalan di malioboro + Pasar Beringharjo
- check out
- pusat oleh oleh bakpia
- makan siang
- wisata pusat batik jogya
- airport drop

Kebanyakkan wisata atau temple, setiap tempat laluan keluar, kita akan lalu kedai cenderamata, beg, kasut etc..kat situ confirm-confirm kita dah membeli jugak kan..harga lebih kurang je, ade yang murah lagi dan ade yang standard..bila sampai kat Pasar Beringharjo atau Malioboro, just untuk topup je lagi..

Bakpia ni adalah signature dessert laa kat situ..wajib beli..korang try rasa dulu sebelum beli, macam aku rasa biasa je, so aku beli setakat 1-2 packet je..macam member aku siap beli sekotak..citarasa masing-masing..

Pusat batik jogja ni, kualiti 👍..corak pun cantik dan bernafas gituww..harga tu kalau bajet RM60/sehelai memang ngam laa..cantik!

p/s:
i. Yang mana bertanda 'x' sebab aku tak sempat pergi
ii. Banyak tempat menarik lagi seperti Pantai Timang tapi entrance tu, mahal sangat..tempat

Tu je lah :)

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...