Friday 10 January 2014

Masjid vs Gereja


Assalamualaikum, Salam Jumaat semua:)


Pernah baca tak artikel ni?
Akan ada pandangan yang positif seperti mesti orang susah, anak ramai, tak mampu nak tanggung kos sara hidup. tak terlepas juga pandangan negatif..

Meh sini nak share something..keep reading ok :)



"Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. "Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia." Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun? "entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja." Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik? "Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri." Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ? "Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. " Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap."

Source:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=491697650929104&set=a.236345216464350.49254.100002666192726&type=1

This is my point of view..
Bila habis je baca pandangan orang tu, dalam hati ni terdetik betul jugak apa yang gereja tu buat, kenapa kita orang Islam tak ade pun buat macam tu, cadangan yang baik jugak tu siapa yang memerlukan boleh guna duit masjid contohnya..

TAPI.....setelah kewarasan aku datang, aku berfikir lagi sekali...
Cuba imagine kalau duit masjid tu kita dedah je, isi kandungan dia then kita pun sediakan juga buku kecil kat tepi tu untuk record duit keluar macam yang gereja buat..ape akan jadi...memang tak sempat nak kumpul dah lesap dah..sepanjang masa kosong je tabung tu..

Cuba kita perhatikan kat luar sana, siapa lagi ramai terjebak dengan dadah, rempit, bohsia etc..jawapannya MELAYU
Kalau kes mencuri, pecah rumah, ragut etc siapa yang paling ramai yang buat aktiviti tu..jawapannya MELAYU jugak..
Masjid ni selalu bangsa apa ja yang kerap masuk..MELAYU kan.. (bangsa lain pun ada jugak tp yang selalu nya)
Kalau rumah orang biasa pun boleh dia boleh pecah masuk, apetah lagi rumah Allah..time tu iman dah tak cukup kuat dah dan mungkin iman tu dah bertempiaran lari kot...andai iman tu ada, dia tak akan pecah masuk umah orang..dia tak akan mencuri etc.  Pernah tak baca artikel yang pencuri tu bawak lari sekali dengan tabung masjid..haa sekali dengan tabung di rembat nya..

Kalau kat masid tu, cuba perhatikan..orang yang menderma tu boleh di bilang kot.  Bila menderma masing-masing standby duit RM1, RM5 dan RM10 (tu belum kira duit syiling lagi tu).  Haa mesti nak cakap kira ok laa tu, banyak laa tu RM10.  Padahl dulu time aku sekolah rendah, ustazah aku ada berpesan "Kalau nak menderma tu umpama cubit peha kanan, peha kiri tak terasa", kita tak tau pun berapa ringgit yang kita capai dalam purse tu..agaknya sebab tu la, masing-masing sekarang dah siap-siap selit duit RM1 supaya tak terambil not RM100..(hehehe)..Kenapa kita tak nak banding kan jumlah orang bukan Islam labur kat tabung dorang tu..tapi kita nak bandingkan cara gereja dengan orang Islam..boleh nak bandingkan tapi jangan separuh-separuh tapi cuba untuk melihat dengan cara keseluruhan..Kalau hari biasa ni, memang susah nak jumpa orang yang sedekah dekat tabung masid, selalu senang jumpa time bulan puasa haa paling senang lagi time solat hari raya..time tu berduyun-duyun laa orang nak sedekah..tapi bila hari biasa seramai itu ke..kenapa time puasa ramai orang nak bersedekah sebab pahala time tu berganda..susah nya nak tukar mentaliti orang Melayu dan beragama Islam ni..Pahala ni memang penting tapi kita solat tunduk bangkit tu sebab nak kejar pahala ke, kita ikut suruhan-Nya tu sebab nak kejar pahala ke?? Sedih bila jawapannya memang nak Pahala..dan pahala ni adalah benda No 1 yang terlintas dalam kepala, lepas tu baru diikuti sebab-sebab yang lain.

Terlalu banyak menyimpang dari tajuk asal aku ni..memandangkan terlalu banyak kemungkinan yang bakal terjadi bila kita nak tiru atau ikut cara gereja tu kan (yang boleh ambik duet kat tabung tu lepas tu tulis sebab apa), apakata sediakan buku kecil atau log, konsep macam gereja tu juga tapi orang masjid yang akan agihkan duit..kita tukar sikit konsepnya..kenapa mesti ada buku sebab kadang-kadang kita terlepas pandang orang yang memerlukan ni, ada yang duduk ceruk mana-mana sampai orang pun tak tahu rupanya ada insan yang tinggal kat pedalaman tu..tak pun, kita tak sedar rupanya ada yang dalam kesusahan..EH!! baru aku perasan, duit masjid ni selalunya orang akan guna untuk renovate masjid tu atau nak naik taraf masjid atau surau tu kan?? bukan sepatutnya duit tu pass kepada orang miskin atau yang memerlukan ke??ishh, makin tak faham aku..pening dah dok fikir bende ni..

XOXO :)

Felixia Yeap

Assalamualaikum to all my readers :)


Felixia Yeap.....tengah hangat kan kisah die..
Sape tu??ish..ish..ish..out of date betul..nak tau lebih lanjut pergi google dulu siapa die, lepas tu baru sambung bace blog aku ni..

Aku brief je pasal dia ok, dia ni ex-playboy model..haaaa dah dapat kan clue kan situ..dan sekarang ni dia masih menjadi model.  Tapi aku serius sangat kagum dengan dia, oh lupa nak bagitau, dia ni bukan Islam, she's Chinese..Ape yang aku boleh cakap kat sini, hidayah Allah tu tak kira tempat, masa, agama etc.  

Felixia Yeap ni dia totally change 360 degree (pergh, respect laa, siap pakai handsock lg tau), tapi..tapi.. dan tapi..dia masih kerja modelling lagi (half naked), tapi bila dia tak kerja(off day maybe) dia akan berpakaian seperti muslimah sejati..cewah..Everybody have their own opinion, ada yang cakap macam cara dia macam memperlekehkan je Islam ni yela sekejap pakai menutup aurat, bila time kerja habis melayang sumua.

Tapi itulah, Malaysia..especially Melayu..kenapa suka sangat menjatuhkan orang lain dan pandang dari sudut negatif.  What do you aspect? menutup aurat sepanjang masa, berstokin, handsock and what so ever tu ke? Jangan laa bertindak kejam sangat and mintak macam-macam kat minah tu, suruh delete picture seksi dia la, tak yah kerja model tu lagi laa ape..atleast dia try untuk berubah, slow-slow laa..budak tu pun tak sampai setahun berubah kot..Kita kena fikir jugak, modelling tu periuk nasi dia kot, lagi pun sekarang ni dia pun baru berjinak-jinak dalam pakaian muslimah.  

Kadang-kadang, niat kita nak menegur tu tak kena tau..for example, suruh dia delete gambar yang tak menutup aurat sebab kita rasa kita ni menutup aurat (yela, sebab tak ade pun ambil gambar yang half naked then expose kat orang) tapi sedar tak kita, gambar kita yang dok letak kat FB, Instagram tu, kadang-kadang terdedah juga aurat seperti, haa pakai tudung tapi singkat..kira aurat laa jugak tu..kalau pakai tudung tu patut labuhkan sampai ke paras dada..bila angkat tangan ke atau ade pergerakan tangan..haa dari situ pun dah tersingkap jugak, dah terdedah dah bahagian pergelangan tangan tu..tu belum cerita lagi pasal baju ketat ke ape..tak layak rasanya aku nak ulas benda macam ni apatah lagi diri aku pun tak la sempurna lagi (tak boleh nak kategorikan sebagai muslimah lagi)..

So, nak menegur orang tu boleh tapi agak-agak laa, slow-slow..jangan tetiba je suruh itu suruh ini..apa yang di tegur tu memang baik, semuanya adalah betul, tak ada yang salah pun dengan teguran tu tapi.....haaa penah dengar tak orang kata 'berubah sedikit tapi berterusan'..adalah lebih baik berbanding berubah 360 degree tapi bertahan untuk seketika.

Renung-renungkan laa, semoga tiap-tiap hari ada perubahan yang baik yang kita lakukan..secara tak langsung menjadikan hari ini lebih baik dari hari yang sebelumnya..Insha Allah :)

xoxo :)

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...