Sunday 29 May 2016

Sedekah #ibubapa

Assalamualaikum :)

Ni adalah pengalaman saya sendiri

Dah hujung tahun, biasalah tunggu bonus.
So, company tempat aku kerja ni bagi bonus 2x.Bulan 12 sebulan bonus, bulan 1 selebehnya, sebulan ker dua bulan ker tiga bulan ker.

So, tahun lepas bulan 12, aku plan nak bagi mak ayah aku dalam RM150 seorang. Seriously, aku terasa macam banyak giler kot time tu.

Mulalah, aku plan nak cut jadi RM100 jer sorang.Astaghafirullah.

Tetiba aku fikir, time aku kecik tak pernah plak mak ayah aku cakap, ishh tak leh spend banyak-banyak nanti habis cepat duit aku..tak pernah kot!

So, aku stick dengan RM150 seorang.
(RM300, total)

Keesokkan harinya, office aku ade buat aktiviti/games.

Setiap permainan, kalau menang memang dapat cash RM150 seorang.

Nak tahu tak, group aku menang 2 games (RM150x 2= RM300).

Lepas tu menang plak untuk games keseluruhan, RM588.

So, total dalam sehari aku dapat RM888.

Alhamdulillah

Menang tak disangka-sangka.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu mahu dustakan"

Allah tu ganti balik, malah lebih lagi dari amount semalam.

SubhanaAllah, janji Allah tu pasti.

xoxo :)

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...