Thursday 2 July 2015

Testimoni

Assalamualaikum kat diri sendiri :)

Memandangkan tengah free sekarang ni, aku tertengok lah testimoni produk kecantikkan ni.

Tapi hambar betul, gambar Sebelum vs Selepas..pergh, Camera360 tak dapat nak lari ek.

Lagi tak boleh belah, gambar Sebelum memang dah cerah, gambar Selepas pun cerah jugak, just tambah flowless je..sabooor jelah


Tapi seriously, nasihat aku kat diri aku ni..aku tak encourage pergi baca testimoni tu sebab:

1.
Pergilah blog mana-mana, supplier mana-mana, facebook ka memang semua dok pakat guna testimoni yang sama je
(ade je blog/supplier yang guna testimoni customer sendiri tapi sangat sikit lah)

So, refer kat 1 tempat je kire korang tak payah nak pergi tengok testimoni kat tempat lain dah, sebab sekali post memang one-shoot la dorang letak testimoni tu (hehehehe)

2.
Pernah tengok testimoni guna Whatapps?

Haa yang tu lagi lah, sumpah seranah aku dalam hati (tipu-tipu-tipu, tapi seriously aku just cakap dorang tipu je tak sumpah seranah pun).

Bukan tipu tapi macam syok sendiri, rasa macam buyer and supplier tu orang yang sama.

Baget-baget produk tu bagus gile padahal baru beli tu.

Lagi tak boleh belah, kata pakai sehari dah nampak kesan, glowing, gebu gebas..memang ada setengah produk pakai sehari kita dah syok sendiri, tapi bila tanya orang sekeliling semua tak perasan pun.

Tapi, agak-agak korang dengan cukup yakin dan teringin sangat nak membeli tu..haa baru refer kepada testimoni ni sebab dia boleh convince kita kononnya memang produk tu terbaik dan pilihan yang tepat.

Kalau setakat dia memanggil-manggil tu perkara biasa, hasutan nafsu namanya.

"Belilah saya..belilah saya...saya ni bagus tau"

Memang selalu ignore kan sahaja feeling macam tu.


Conclusion nya di sini, selalu memang aku tak tengok testimoni ni..memang kita kena cuba sendiri baru tau bagus ke tak bagus..atau sesuai ke tak dengan diri kita.

xoxo :)
Selamat Berpuasa.

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...