Saturday, 14 September 2013

JATUH CINTA DENGAN MATHEMATICS??

Assalamualaikum to all my readers and viewers..:)


Haaapaa, JATUH CINTA DENGAN MATHEMATICS???haa nak tau macam mana aku boleh terjebak..cer teka?
No need to guess just read my story okey..

Cerita yang aku nak kongsikan ni adalah cerita aku.  Perubahan bermula bila aku tingkatan 3..(lewat dah kan baru nak sedar diri, sebab aku baru jumpa formula untuk jatuh cinta dengan subjek ni).

Seperti yang aku pernah cerita sebelum ni tahap kesengalan aku kan, so selalu anak melayu mesti lemah Mathematics kan, so that was happen to me too.  Markah Math aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sama ada cukup-cukup makan atau mesti fail.   Mamat yang aku dok ‘ushar’ tu pulak memang minat Mathematics (haaaa, confirm korang imagine dia ni pakai spek, muka ‘net’ laa bagai kan, dia langsong tak macam tu).  Rupenya mamat ni pun minat kat aku dalam diam..ehem..ehem..So, tak kiut laa kan kita tak standing dia..mestilaa nak diri sama tinggi, duduk sama rendah..

Haaa korang nampak tak formula aku untuk falling in love.

So, kitorang pun belajar laa sama-sama, kalau tak faham aku terus tanya dia begitu juga dia kalau tak faham mana-mana subjek kitorang akan bincang sekali.  Perbincangan kitorang ni sekadar di sekolah je, kalau nak date pun kat sekolah je, kitorang tak pernah dating kat luar, tak pernah pegang-pegang tangan and segala-galanya laaa..(paham-paham laa masih sekolah, parent aku memang menentang habis-habisan bab-bab couple ni).

Tak tau laa ini di panggil study group ke, couple study ke apa? Sebab kitorang berdua je, tapi dikelilingi member yang lain laa jugak, dorang just memeriahkan suasana kitorang nak study je, knon tak nak kacau daun laa sebab tu dorang just jadi pompom boys je and penjaga tingkah laku kitorang..tapi kalau kritikal dorang xfaham akan refer la kat member aku ni.

Seriously aku dari sekolah rendah (tadika aku tak ingat laa), subjek Mathematics ni memang lemah gila, kira duit pun tak lepas tau.  Dengan perbincangan dengan mamat ni, aku dah start jatuh cinta dengan Math dan dari situ perubahan telah berlaku.  Aku semakin boleh score untuk subjek ni malah bila time PMR dan SPM, subjek ni jugak yang mencantikkan lagi result aku.

Kalau korang nak tau, bermula dari perkenalan kitorang tu la aku tak pernah kantoi untuk subjek ni.  Ingat kan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.  But don’t worry, walaupun kitorang membawa haluan masing-masing, tapi apa boleh buat, orang dah jatuh cintakan (dengan subject ni laa I mean).  Bukan setakat time sekolah je, malah dah masuk university ni pun aku dapat score jugak (Alhamdulillah).

So, nampak tak penangan belajar menggunakan role model.  At first memang sebab mamat tu aku belajar Math but then aku belajar Math sebab aku nak majukan diri aku.  So, walaupun kitorang dah tak ada apa-apa hubungan lagi, aku masih boleh maintain.

Conclusion:
Walaupun, korang dah cuba bermacam-macam cara dengan pergi tusyen yang terbaik sekali, dengan sanggup tidur lambat semata-mata nak siap kan kerja Math ni, usaha dengan gigihnya nak cemerlang untuk subjek ni, tapi tak tau kenapa macam bebal sangat je otak ni nak faham kan? Padahal orang lain tak buat pun macam aku buat, homework dorang pun tak pernah siap.  Sebenarnya inilah yang aku alami, aku macam tak ada jalan penyelesaian, nak kata tak focus, aku dah duduk depan, takkan tak cukup focus.  So, itulah pentingnya role model dalam hidup korang tu, boleh nak sanjung artis itu ini, tapi ape yang korang dapat??  Kalau bermanfaat untuk korang, teruskan sanjung orang tu..tapi kalau tak memberi kesan yang baik kepada korang, baik korang tukar role model tu jadi project run away..hehehe

Role model tak semestinya kena artis, mesti popular atau apa malah kawan korang pun korang boleh jadikan sebagai role model but make sure role model tu mampu memberi kesan dekat diri kita.  Role model aku tak stick pada yang satu, aku ada banyak role model dalam hidup aku dan dia akan berubah mengikut kesesuaian aku.. aku ada role model dalam communication, aku ada role model dalam mengutarakan pendapat aku, aku ada role model yang lain pulak dalam  kewangan.  Dan semua role model aku bukan laa artis.

So, start from now, create your own role models, and try to live with them (bukan tinggal dengan dorang pulak, tapi praktic kan cara dorang tu).  Harap bermanfaat..


Xoxo J

No comments:

Post a Comment

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...