Jangan ambik masa terlalu lama, berapa pantas dan hebatnya diri kita berfikir..
Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat soalan atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?
Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi..siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yangterakhir?
Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?
Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Cubalah…
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesin kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .
Soalan Keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4.Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!
Okay, cuba jawab soalan bonus:
Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.
Bagus kan game macam ni..terasa macam baru tersedar dari mimpi..hehehe
xoxo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online
Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...
-
Assalamualaikum :) Sekarang banyak company yang mula goyah, ada yang mulai tutup dan terpaksa menawarkan VSS atau MSS kepada pekerja. Mu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...
No comments:
Post a Comment