Saturday, 14 September 2013

KUASA SOLAT

Assalamualaikum J

Selalu kita dengar rahsia solat ni terletak pada waktu sujud, dimana darah akan mengalir ke otak, kalau kita jogging ke aerobic ke tak akan ada setitik darah yang akan sampai ke satu kawasan yang tak mempunyai darah pada otak kita ni kan melainkan pada waktu sujud.  Haa kali ni, aku nak berkongsi kuasa solat ni.

Selalu kita baca kajian mesti dibuat dekat luar negara kan, tapi kali ni dengan penuh bangganya kajian solat ni dibuat oleh universiti tertua di Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Universiti Malaya (UM).  Segala tunduk bangkit kita dalam solat tu sebenarnya memberi kesan yang bermanfaat pada jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

Jom kita baca kuasa pada solat SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK..

SUBUH
Waktu ni kita dapat kaitkan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.  Siapa yang nak buat presentation kat kelas ke, haa waktu subuh ni jangan tertinggal.  Tapi …..bukan sekadar solat je tanpa mengira waktu pukul berapa nak solat, kadang-kadang tinggal sipi je lagi nak masuk syuruk..orang panggil ni solat gajah..hahaha sebab dah nak habis waktu, tu mujur ada waktu lagi, kalau tak 7.30 pagi baru Subuh..hmm yang tu pun lagi bapak gajah..hahaha  tak tahu kenapa gajah menjadi pilihan..so, kenalah solat pada awal waktu..sebab apa?  Haa, kena teruskan membaca.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.  Ini kerana tenaga alam  tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.  Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.  Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.  Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZOHOR
Haaa, siapa yang selalu tinggal waktu Zohor ni memang senang nak detect (kesan)..sebab..Waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.  Ia juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.  Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.  Orang yang sedang sakit perut ceria tak?

ASAR
Waktu in bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang merangkumi sistem reproduktif dan kreatif.  Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreatif dan lebih malang lagi kalau waktu Asar ini jasad dan roh terpisah (tidur la tu).  Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.  (reproduktif ni lebih kepada proses persenyawaan, kesuburan dan seangkatan dengan nya).

MAGHRIB
Pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.  Ini kerana spectrum warna pada waktu ini menghampiri jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.  Korang pernah tengok cerita Magika tak, kan Ziana Zain (dia salah seorang bunian yang duduk dalam alam ghaib), dia ada kata waktu Maghrib ni adalah waktu pagi bagi dorang. 

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.  Rahsia waktu Maghrib ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK
Waktu ini menyimpan ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Alam pada waktu ini berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.  Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

Subhanallah, indah betul kan Allah mengatur waktu solat kita dengan tenaga alam.  Kalau nak tau, ramai orang mencipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh ni macam taichi, qi-qong dan lain.
*semoga bermanfaat*
xoxo J

No comments:

Post a Comment

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...