Assalamualaikum :)
Terlalu lama aku tak update blog sebab aku dah habis study (Alhamdulillah) dan dah kerja.
Masuk bulan ni, dah hampir setahun dah aku bekerja di tempat yang sama.
Tapi, masalah yang selalu fresh grad hadapi ialah, tak tahan dengan company tu lah, environment tak ok lah, kawan tak best la, haaa segala macam lah..mula-mula kerja, kena buli tu memang biasa sebab kita tak reti buat kerja, memang banyak benda kena belajar.
Baru sebulan kerja, perasaan nak berhenti kerja tu mesti membuak-buak. Nak bukak bisnes, memang biasa aku dengar even it happen to myself.
Lagi kritikal, aku menyalah kos aku pilih time Degree dulu..hahhahaha
Majoriti kawan-kawan aku, semua lompat kerja, baru kerja beberapa bulan dah berhenti dan apply kerja lain.
Sebenarnya, yang problem bukan persekitaran kita tapi diri kita sendiri.
Andai, kerja yang pertama ni kita tak boleh tahan, pastinya kerja yang kedua dan seterusnya pun kita tak boleh tahan. Perasaan nak berhenti tu mesti akan muncul lagi-lagi tiap hari Isnin..
Pergh!! memang selalu aku kena lah, hari Isnin je, mood berhenti kerja menyerang, even dah setahun ni pun perasaan tu masih ada.
Ada kawan-kawan aku yang baru beberapa bulan kerja dah berhenti, dan dapat pulak kerja yang lagi bagus dari segi gaji atau benefit. Memang bagus tapi resume tak cantik lah.
Kalau aku dekat resume dah boleh tulis, Company A selama setahun bekerja sehingga kini, dan orang kedua tulis Company A sebulan, Company B tiga bulan, Company C 5 setengah bulan, Company......lalalaala..
Korang tengok mana yang ada quality?
My advice, try untuk lawan perasaan nak berhenti kerja dan mulakan bisness bagai tu..semuanya dusta..
Kumpul duit dulu dengan bekerja, dan pada waktu yang sama rangka bisness korang.
Opps! sebelum aku tutup, ni nak cerita sikit pengalaman aku kerja lagi-lagi bulan yang pertama dulu, aku selalu kena maki dengan budak umur lagi muda dari aku, dia memang cepat naik angin, dan mulut dia memang selalu lah maki orang dan melihat orang lain tu tak bagus, dia je yang bagus konon nya.
Ada dia bagitau bos aku, aku ni slow..imagine lah dia dah bekerja hampir 6 bulan at that time dan aku baru sebulan which actually 2 minggu dengan system tu..dia dengan suka-suki nya sebot f*** kat aku. Memang banyak kali lah kena. Tapi aku sabar sebab dengan orang macam tu tak payah nak layan, orang educated akan tunjuk cara yang educated bukan macam perempuan tu buat kat aku, if aku layan dia, kira tak ada beza lah aku dengan dia.
Doa orang yang teraniaya ni kan mujarab, sekarang perempuan tu dah behenti dah pun. syukur.
Selama Hari Malaysia !!
tapi aku kena kerja....huhuhu
xoxo :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online
Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...
-
Assalamualaikum :) Sekarang banyak company yang mula goyah, ada yang mulai tutup dan terpaksa menawarkan VSS atau MSS kepada pekerja. Mu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...
No comments:
Post a Comment