Monday, 16 September 2013

#SENYUM-SENYUM : SIAPA LAGI SENGAL

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian diorang ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada 1 hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah diorang ni. Maka berlakulah insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu m
Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa,nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil seperti yg disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat,masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.tok imam pun 1 hal,angkat sekali tak khusyuk,angkat 2 kali pun tak khusyuk juga lagi. Masuk je kali ketiga,Budin pun panggil tok imam. "Tok. Tok duduk kat belakang,biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je di Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa,tengok! Sekali je tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yang lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko nii..
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni.. Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak,lagi dassat aku sembahyang. He hee..."

Tok imam pun terkedu dan terpana...


XOXO

No comments:

Post a Comment

Cara memohon EIS (Employee Insurance Scheme) /SIP (Sistem Insuran Pekerja) secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Memandangkan 2018/2019 ramai sangat yang kena buang kerja, so harapnya entry kalini sangat berguna ...